COMPATRIOT AKU

Sunday, August 01, 2010

Gambar Finalis Imam Muda & Isteri Masing-Masing

Selesai sudah saingan Imam Muda...juara pun semua dah tahu kan...Muhammad Asyraf bin Mohd Ridzuan dah pun ditabalkan juara program realiti Islamik pertama seumpamanya di Malaysia ni. Tahniah buat beliau. Tahniah juga kepada Astro Oasis kerana menghasilkan rancangan yang baru, refreshing dan lain dari yang lain. Populariti rancangan ini sangat tinggi sehinggakan rancangan ini juga turut disiarkan di luar Malaysia.


Banyak dah entri yang aku baca mengenai Imam Muda ni (haha orang tulis aku pon nak tulis jugak). Tapi kali ni aku nk kongsi just pasal kedua-dua finalis dengan isteri mereka. Honestly aku pon tak tahu mereka dah beristeri (episod pun banyak miss!) Tapi bila tengok episod final, yang membawa penonton mengenali keluarga diorang, baru aku tahu yang kedua-dua Imam Muda ni rupanya dah berkahwin. And seriously, at the moment aku tengok mereka dipertemukan semula dengan wife memasing, serious it looks very sweet!  Sejuk hati bila tengok isteri solehah bertemu suami tercinta setelah berminggu-minggu dipisahkan. (sesuatu yang sweet memang orang suka nak tengok,kan? ^^).

Imam Muda Asyraf & isteri, Nurhusna Yusof, 23





Imam Muda Hizbur & isteri, Liliyana Hasanah Yudi, 23







Kredit gambar to blog kakinakl & blog sharinginfoz. Jutaan terima kasih =)

Apa yang aku perasan lepas final Imam Muda ni.. heboh juga pasal Imam Muda dengan isteri masing-masing di facebook & blog-blog lain yang mengatakan yang mereka ni lawa. Pandangan aku, memang cun pun.... segak, wajah bersih, bertudung, dan masih muda lagi, elok & sejuk dipandang. Jauh lebih elok dari artis-artis "mi segera" yang berlambak kat tanahair kita ni. Apa pendapat korang?

Notes : Bertuahnya badan…sejuk perut ibu mengandung.. Imam dah memang beriman, isteri pula isteri solehah... *setiap kejayaan seorang lelaki, mesti ada wanita di belakangnya~

8 comments:

I n n z said...

aah wife dorunk cantik sangat .
comel ;)

Sharinginfoz said...

semoga rancangan ini diteruskan masa hadapan. small matter bro

H Y D E said...

@I n n z

hehe... memang pon...

H Y D E said...

@Sharinginfoz

makaseh banyak2 bro~

kak ina kl said...

tq sudi bagi link dan minta izin..akak halalkan jika minta cara baik..betul tak?

isteri yang baik untuk suami yang baik...skrg ni banyak sgt perceraian..fikirkanlah kenapa ?

H Y D E said...

@kak ina kl

terima kasih kembali kerana sudi bg izin...btl tu kak, kena minta cara baik dari pemilik gambarnya...itu la cara yang betul..

pasal banyak sgt perceraian skrg ni, entah la kak, saya pon belum berkahwin. tp pndapat sya, isu perkahwinan ni memang dah dipandang rendah masyarakat kita. so kalau bergaduh sikit, senang2 je nak cerai. tak gitu?.. :)

faizzazh said...

bini diaorg mmg lawa la... tmbh2 bini asyraf tu.. mmg sjuk mata, hati la kalo tgk... hehehe

H Y D E said...

@faizzazh

memang lawa...bg saya dua2 setara...huhu sepadan dengan hubby diorang