COMPATRIOT AKU

Friday, August 20, 2010

Sindrom Anak Kedua?

Semalam saja enchik hyde™ jejalan website Gengblogger. Saja godek² mencari apa² tips dan merewang-rewang menghabiskan masa. Then bila enchik hyde™ masuk ke ruang forum, ternampak satu tajuk yang betul² menarik perhatianku... "Sindrom Anak Kedua/Second Child Syndrome". What is this? Tak pernah dengar pon..

Dengan bantuan pokcik Google, aku cari artikel mengenai sindrom ni....







Sindrom Anak Kedua, Bagaimana Ibu Bapa Menanganinya

Farid, anak kedua dalam keluarga. Sikapnya sukar difahami. Ada kalanya dia mempamerkan sikap degil dan tidak gemar dikongkong. Tidak sekali terlintas di hati ibu dan bapanya untuk membandingkan Farid dengan adik-beradiknya yang lain tetapi perbezaan sikap yang ketara kadang-kala mencetus kemarahan si ibu.

Masalah ini tidak sahaja dihadapi oleh pasangan ibu bapa Farid tetapi juga kepada ibu bapa lain di seluruh dunia. Ia dinamakan Sindrom Anak Kedua atau ‘The Second Child Syndrome’. Anak kedua dikatakan lebih degil, keras kepala dan tidak mendengar kata.

Walaupun jarang masyarakat kita memperkatakan mengenai sindrom ini, mungkin kerana kekurangan maklumat atau menyedarinya sebahagian daripada ragam si anak, sedar atau tidak, hakikatnya ia turut membelenggu ketenteraman hidup berkeluarga.


Sindrom anak kedua boleh berlaku kepada sesiapa sahaja. Mengapakah ia terjadi dan apakah sukar untuk menangani kerenah anak kedua?

Kami cuba mengupasnya dengan bertanyakan pendapat pakar dalam bidang berkaitan untuk menghuraikan lebih lanjut mengenai faktor penyumbang kepada sindrom ini serta langkah mengatasinya serta pendapat ibu-ibu untuk berkongsi pengalaman mereka.

Berlaku kerana kehamilan tak dirancang

- Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi

“ Sindrom anak kedua ini terjadi kerana berlakunya kehamilan yang tidak diduga atau tidak dirancang. Secara idealnya, kehamilan yang dirancang, dikehendaki dan dihajati menjadikan seseorang ibu itu berada pada tahap yang sangat baik,” Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi dan Ketua Wanita Pertubuhan Jamaah Islah Malaysia (JIM) Pusat

“Ini dapat dilihat kepada situasi di mana ketika isteri disahkan mengandung cahaya mata sulung yang begitu dinanti-nanti selepas perkahwinan. Kebanyakan pasangan suami isteri akan lebih teruja dan tidak sabar-sabar menunggu kehadiran orang baru. Bagi isteri, inilah masa dirinya begitu disayangi oleh suami dan ibu mentua. Sehinggalah tiba detiknya, kelahiran anak pertama disambut dengan persediaan yang selengkapnya, penuh meriah dan begitu diagung-agungkan.

“Wanita mengandung memerlukan persediaan bukan sahaja dari segi fizikal tetapi juga dari sudut emosi dan spiritual. Ini kerana mereka akan berhadapan dengan proses kehamilan yang lebih panjang dan juga proses kelahiran. Dengan membekalkan diri dengan persediaan sebaiknya dapat membantu para ibu menghadapi situasi lebih tenang dan bersedia.

“Masalah hanya akan timbul apabila pasangan yang tidak mengehendaki anak dalam tempoh tertentu terutamanya selepas kelahiran anak pertama disahkan mengandung terpaksa menerimanya dalam keadaan yang tidak bersedia. Sayangnya pula, sebelum itu mereka tidak pula melakukan perancangan yang sebaiknya bagi mengelakkan diri daripada mengandung. Akibatnya, ibu ini akan melalui tempoh mengandung dengan penuh tekanan.

Tekanan pula boleh berpunca daripada pelbagai faktor termasuklah beban kerja yang ditanggung dan kos kehidupan yang membebankan hingga menyebabkan ibu berasa risau dan tidak tenang. Ada juga suami yang tidak begitu bersedia untuk menyambut anak kedua. Malah kajian mendapati kadar penceraian, keganasan rumah tangga dan kecurangan lebih tinggi ketika isteri sedang mengandung atau melahirkan anak.

Ini menimbulkan kebimbangan kepada isteri yang juga menjadi faktor penyumbang kepada perasaan tertekan si isteri.

Anak Kedua Lebih Fleksibel

- Dr HM Tuah Iskandar -Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

“Terdapat tiga kategori anak iaitu anak sulung, tengah dan bongsu. Anak kedua jatuh dalam kategori anak tengah. Melalui kajian psikologi yang dijalankan mendapati mereka yang berada dalam kumpulan ini merupakan seorang yang fl eksibel, pandai membawa diri dan lebih berdikari. Bukan itu sahaja mereka juga mempunyai kepercayaan diri yang tinggi dan keyakinan diri terutamanya ketika membuat keputusan.

Namun di sebaliknya anak kedua ini seorang yang cepat terasa. Dapat dilihat, kebanyakan ibu bapa akan membeli pakaian yang serba baru kepada anak sulung sementara anak kedua akan memakai pakaian yang telah digunakan oleh abang atau kakaknya. Perlakuan ini secara tidak langsung akan membuatkan anak kedua ini berasa tersisih dan terabai.

Sikap ‘sedar diri’ ini membuatkan mereka mudah mengalah. Berbeza anak pertama, mereka adalah individu yang berwawasan, bertanggungjawab tetapi ego. Sikap ini secara tidak langsung boleh mempengaruhi anak kedua menjadikan anak kedua ini lebih degil namun ia masih lagi boleh dikawal.

Percaya atau tidak, persekitaran ini menyebabkan anak dari kelompok tengah ini gemar membuli adik yang lebih muda daripadanya,” jelas Dr HM Tuah Iskandar Pakar Motivasi Three Extra Training & Solutions.

Berdikari dan degil

Sambungnya di sebaliknya itu, kekuatan anak kelompok tengah ini ialah mereka boleh berada dalam pelbagai situasi kerana suasana telah mendidiknya untuk menyesuaikan diri. Malah melalui kajian yang diadakan menunjukkan ramai anak kedua ini lebih berjaya kerana sikap mereka yang fl eksibel.

Sikap berdikari dan kedegilan yang ada dalam diri mereka semenjak kecil dibawa sehingga memasuki alam pekerjaan menjadi faktor kepada kejayaan mereka menunjukkan sikap yang sering dipandang negatif oleh masyarakat ini juga membawa kesan positif. Manusia lahir dengan pelbagai karakter.

Misalnya mereka yang lain pada bulan Mac seorang yang mudah terasa, sensitif dan penyedih. Oleh itu, jika ibu bapa boleh memahami, mereka tidak akan mengeluarkan kata-kata keras kepada anak-anak walaupun tujuannya untuk mendidik. Ini menunjukkan kajian psikologi boleh membantu ibu bapa dalam memudahkan mereka memahami anak-anak.

Selain itu, biar bagaimana berbezanya karakter anak-anak; degil, keras kepala dan sebagainya, terima anak anda seadanya kerana setiap anak yang dikurniakan itu mempunyai keistimewaan ter tentu. Secara logiknya juga, setiap manusia akan berubah mengikut tahap perkembangan usia.

Patut la enchik hyde™ ni kadang² emo terlebih (i'm the second child ^^)... huhu kekadang bila marah dinding umah abahku lah yang jadi mangsa (masa time kecik la, sekarang tak buat macam tu dah) ...but still cepat panas, & cepat pula sejuknya.

So pada sapa² anak kedua yang ada tanda² macam dijelaskan di atas, belajar² lah counter problem sindrome tu ye... tak baek kalau kita ni degil, keras kepala & marah-marah selalu. Bak kata P.Ramlee, nanti kena jual~


Notes : Still usaha blajar macam mana nak counter perasan cepat hangin, dengki & cemburu~

No comments: