Tahun 2011 bagi aku? Tiadalah yang memberangsangkan sangat.
Ringkasan:
Mengakhiri 2011 ini sebagai seorang bujang yang foreveralone.
Kembali menjadi seorang pelajar/pelombong ilmu.
Dan yang paling terang, masih banyak poin poin di wishlist tahun lepas yang tak tergapai.
Rasanya, tahap keyakinan dalam diri dah up sedikit-sebanyak berbanding tahun sebelumnya.
'Dia' makin aku lupakan. Little by little. Kini sudah genap 2 tahun ia berlalu.
Kehilangan beberapa orang sahabat. Tapi diperkenalkan lagi dengan ramai kenalan baru dalam aliran hidup ini.
Moga yang terkini dapat dikekalkan, dan yang terdahulu dapat dikembalikan. Amin.
Moga tahun baru ini, lebih baik dari yang sebelumnya. Amin.
Dan moga impian aku yang kecil-kecil ini tercapai. Kebahagiaan. Amin amin amin.
Buat yang pernah terasa, aku minta maaf atas kebiadapan, kekasaran dan kecelakaan diri ini, yang secara statistiknya adalah anak nombor dua dalam keluarga, yang agak pantas panas baran, yang amat memegang prinsip 'perasaan aku dahulu, orang lain dikemudiankan'.
Moga tiada prejudis yang berpanjangan dalam diri kita.
Kan mudah, jika segala permasalahan mampu dilenyapkan dengan hanya satu panggilan telefon. Bagai adegan di iklan Telekom Malaysia satu ketika dahulu.