COMPATRIOT AKU

Wednesday, January 30, 2013

Terbang Tinggi-Tinggi


Akhirnya, hari ini, kau terbang juga.

Dan mampu aku bayangkan segala perasaan yang bercampur dalam kotak fikiran, hati dan perutnya.

Cemburu itu sudah mesti. Tapi perasaan itu penting untuk kebaikan diri.

Aku doakan kau bahagia dengan hidup baru.

Dan harapnya aku juga mampu terbang tinggi-tinggi ke sana.

Suatu hari nanti.


Sunday, January 20, 2013

Perbandingan: 4-Door Coupe

Umum (di twitter dan facebook khasnya) mengetahui yang aku memang minat akan kereta-kereta buatan German. Dan bila disebut kereta German, sudah tentulah pengeluar utamanya adalah musuh 3 serangkai ini: Mercedes Benz - BMW - Audi.

Dan ketahuilah, kereta kereta German ini memang banyak modelnya. dan salah satu model paling aku inzali (ataupun bolehlah disebut sebagai chasis kegemaran) adalah 4-door coupe.

4-door coupe adalah body style kereta yang mula-mula diperkenalkan oleh Mercedes sejak 2005. Ia memiliki empat pintu, tapi mengekalkan bentuk sporty yang dimiliki coupe (coupe bermaksud kereta dengan dua pintu). Hasilnya, sebuah kereta dengan bentuk dan feel umpama coupe, tetapi memiliki 4 pintu yang lebih praktikal.

Ini adalah 3 model 4-door coupe versi performance dan paling mahal dari 3 pengeluar kereta utama German. Antara model lain adalah seperti Volkwagen Passat CC tapi VW Passat sememangnya takleh lawan 3 model utama di bawah ni:

Mercedes Benz CLS63 AMG (5.5-litre V8 biturbo engine; 518 horsepower).






BMW M6 Gran Coupe (4.4-liter twin-turbo V8; 560 horsepower)






Audi RS7 (4.0-liter twin-turbocharged V8 engine; 560 horsepower)








Tengok kokpit pemandu pun aku dah meleleh. Banyak betul butang butang control berdekatan tombol gear, di kawasan stereng dan di papan pemuka yang kebanyakannya tiada pada kereta-kereta biasa. Semuanya electronic-controlled, hanya di hujung jari dengan menggunakan sistem kawalan komputer seperti COMAND (Mercedes Benz), iDrive (BMW) dan Multi Media Interface/MMI (Audi). *Perhatikan tombol bulat berdekatan gear di setiap kereta.


Satu hari nanti, insyaAllah satu hari nanti.


p/s: antara ketiga-tiga model, yang mana paling memberahikan?



Wednesday, January 16, 2013

Satu Bungkusan Pembangkit Senyum

"Assalamualaikum. Ini Cik Naim ka ni?"

"Ya saya. Siapa ni?"

"Saya dari pos laju. Nak hantaq barang ni. Rumah cik kat Pokok Ketapang ka? Pokok Ketapang ni kat mana ah?"

"Pokok Ketapang? Pokok Tampang kot cik. Kampung Pokok Tampang."

"Oooo ok, ok. Rumah cik kat mana? Saya dari pekan Tasek Gelugor."

"Ok cik masuk simpang tiga depan balai polis tu, cik jalan terus. Sampai jumpa gelanggang futsal sebelah kiri, depan sikit cik nampak bus stop kan? Depan bus stop sebelah kanan jalan tu la rumah saya."

"Orait. Terima kasih. Satgi saya mai hantaq. Assalamualaikum."


Aku jawab salam perlahan, sambil benak bergetar getar memikirkan bentuk delivery apakah yang pos laju akan hantar. Dari siapa sebenarnya bungkusan ini?


Sesampai di rumah petangnya, pintu bilik kuterjah. Di atas katil, terdapat bungkusan bersaiz kecil, berbungkus kertas minyak. Kertas pembalutnya aku koyak, menampakkan isi dalamnya yang berlatar putih. Oh. Sejenis coklat rupanya. Coklat putih, strawberry almond ─ spesis coklatnya. Di sebelah atas kotak, terlekap sekeping kertas warna merah jambu dengan goresan nota "happy new year" dan secubit pesan buat orang yang semakin tua.

Aku senyum. Sambil liang-liang tubuh menghambur hormon-hormon ceria.

Di kala diri sendiri makan hati, tetiba dapat coklat free.

Buat pemilik tweethandle @_anithsa, terima kasih atas pemberian anda. Di kala dunia siber sibuk memangkah-maki BBNU (tak faham? Google maksudnya) bernama Shasha Mendoza (tak kenal? Google sekali namanya), sememangnya masih ada Shasha yang berpekerti pemurah dan tenang jiwa.

Selamat tahun baru juga untuk anda. Jangan sedih, jangan kecewa. Tahun ini dapatkan lesen kereta, brader mamak yang kacak gila dan makan kambing sepuas-puasnya, ya?


Nampak tu? POKOK KETAPANG. ya Pokok Ketapang.

Gelak-gelak aku dengan nama kampung aku yang Anith hentam ni.
No wonder abang Pos Laju blur tadi.



Thursday, January 10, 2013

Laudrup


Aksi seorang pengurus sebuah kelab kecil yang menumbangkan Chelsea dalam aksi piala liga semalam (9 januari 2013).

Beliau punya gelecek dan ball control hampir seakan Zinedine Yazid Zidane. Tapi, through-ball beliau was even better. Menyusup cantik di celah celah kaki pemain lawan dan terus ke hadapan penyerang untuk dijaringkan. Jauh lebih baik berbanding through-ball Andres Iniesta, Paul ScholesXavi mahupun Cesc Fabregas, seikhlasnya.

Sukar untuk mendapatkan pemain tengah yang bijak dan licik seperti beliau sekarang.

Ladies and gentlemen, this is the former Juventus, Barcelona and Real Madrid playmaker and the current Swansea City manager. This is Michael Laudrup.



Thursday, January 03, 2013

#Random Things - Kongsi Makan


Nasi lebih.

Ayam masak madu dua ketul.

Seceduk sayur kubis kunyit.

Kuah campur banjir.

Dibungkus seplastik panas panas.

Balik rumah.

Kongsi berdua. Dengan adik.

Adik gelak-gelak. Dapat makan nasi kandar kegemaran.

Enaknya lain macam.

Kenyang.




Aku rindu adik.
Aku harap adik juga rindu aku. Keh keh keh.


Wednesday, January 02, 2013

2013: Nota Pendek

Sudah beberapa hari 2013 menjengah. Bloglist juga mencanak lajunya dengan kemaskini berkaitan angka 2013. Dan aku pulak baru terhangkak hangkak nak menulis pasal tahun baru. Tipikal aku. Suka menulis lah, nak improve penulisan lah. Nak tekel awek dengan karangan lah. Taburan janji janji palsu. Platform belog dah ada, tapi pemalas aku ni aku sendiri pun tak tahu nak ubah macam mana.

Ok berhenti mengarut. Ini antara peringatan dari tahun lepas dan revolusi untuk masa akan datang.

Ketidaktahuan masa depan dan ketidak-stabilan hidup yang masih bercelaru. Aku kini, adalah tergolong dalam golongan manusia yang masih belum berpuas hati dengan apa yang aku capai. Sedikit sedikit tak puas hati. Sedikit sedikit cemburu dengan orang lain. Di tahun baru ini, moga segalanya dapat di-neutralkan.

Tuhan. Ada juga aku terfikir. Selama aku solat dan berdoa kepada-Nya, adakah segala amal dan ibadah aku diterima? Adakah semuanya dilakukan dengan betul caranya?

Kena ingat. Nak sukses, tak boleh sombong dengan pencipta. Nak bahagia, hubungan dengan boss besar kena jaga. Sedar diri sikit.

Mama. Wanita berhati besi dan termulia di sisi aku. Sentiasa ada meski aku senang, jua aku susah. Aku nak tukar sedih tangisnya kepada senyuman bangga. Yes I will. Tunggu mama. Tunggu.

Sambung belajar. Aku sedar, kalau aku tak bertindak sekarang, keadaan akan jadi lebih sukar. Bezanya, aku mahukan jurusan yang aku ingini. Yang aku minati. Yang aku rasa ikhlas pelajari. Aku, seperti sesetengah yang lain ─ mengidamkan master. Juga PhD.

Borussia Dortmund. Tahun lepas, cinta bola keduaku selepas Em-yu sudah aku ketemu. Tahun ini, moga kelab berbelang kuning-hitam dan berpenyokong garang ini terus sukses di liga Bundes di bawah tunjuk ajar Jurgen Klopp. Dari kelab berstatus lemah, miskin dan hampir bangkrap, Dortmund diselamatkan Klopp menjadi juara liga dua kali yang digeruni. Biar tidak segah mahupun sekaya Bayern Munich, asal prinsip terhormat dan corak counter-attack terus dipertahan.

Aifa. Adik bongsuku yang sudah masuk ke tingkatan dua. 2012, kali pertama dia menjejak kaki ke asrama. Ya Tuhan, peliharakanlah kesayangan aku dalam menempuh dunia remaja yang penuh uji-duga.

Rakan-rakan. Seperti tahun tahun sebelumnya, tahun lepas ada yang datang, ada yang kekal, ada yang pergi. Dengan usia yang makin menghampiri mati, segala sikap-sikap manusia dalam menjaga silaturrahim sudah aku lali. Yang masih ada, terima kasih. Yang sudah hilang entah kemana, aku doakan bahagia buat kalian semua.

Rindu kanak-kanak ini juga sebenarnya.

Cinta. Ada beberapa yang mencuba. Ada beberapa yang kucuba. Tapi semuanya hampir sia-sia. Kenapa hampir? Sebab berkait kemahuan aku, dan attitude mereka. Ada lah, aku malas nak cerita. Cumanya, ada seorang je yang still sangkut dalam jiwa.

Jodoh. Aku perlu lebih berhati-hati agar tidak termasuk "longkang-longkang cinta". *batuk*. Bagi aku ia tidaklah terlalu penting untuk difikirkan, tetapi melihatkan orang lain yang kucar-kacir bersama pasangan, membuat aku kadang kadang rasa ditekan. Dengan faktor umur yang tak perlu aku bangkitkan (baca: tua) acapkali aku fikir aku loser. Tapi bila fikir balik, kenapa pulak nak anggap diri loser? Jodoh itu Tuhan dah tetapkan. Seperti pesan seorang kenalan, "AR Badul dengan Os pun ada bini. Salih Yaakob yang tak hengseng pun beristeri empat, apakan pulak hang". Celaka punya nasihat. Tapi ada juga betulnya.

Cara berfikir. Ini lagi satu hal. Nak jodoh yang baik, kena ubah diri jadi lebih cemerlang, barulah jodoh yang cemerlang diluar dan dalam itu datang. Nak ubah diri jadi lebih baik, cara berfikir perlu di-tailor jadi lebih baik. Law of Attraction (yang ini aku cuba dalami bertahun) cakap, "Dunia luar adalah cerminan dari cara pemikiran kita". Berfikir positif, yang positif akan datang ke kita. Fikir negatif selalu? Faham-faham sendirilah. So untuk diri sendiri, berubahlah woi!

Di kesempatan ini, aku hulur maaf buat semua. Segala marah/kurang ajar/jelak harap dilupa. Andai aku jahat celaka, doakan aku berubah jadi manusia. Jika ada secubit kasih sesama insan dalam jiwa, doakan aku capai mimpi mimpi yang aku pendam lama.

Selamat dua kosong satu tiga.

p/s: Celaka panjang pulak 'nota pendek' aku ni.