Sudah beberapa hari 2013 menjengah. Bloglist juga mencanak lajunya dengan kemaskini berkaitan angka 2013. Dan aku pulak baru terhangkak hangkak nak menulis pasal tahun baru. Tipikal aku. Suka menulis lah, nak improve penulisan lah. Nak tekel awek dengan karangan lah. Taburan janji janji palsu. Platform belog dah ada, tapi pemalas aku ni aku sendiri pun tak tahu nak ubah macam mana.
Ok berhenti mengarut. Ini antara peringatan dari tahun lepas dan revolusi untuk masa akan datang.
Ketidaktahuan masa depan dan ketidak-stabilan hidup yang masih bercelaru. Aku kini, adalah tergolong dalam golongan manusia yang masih belum berpuas hati dengan apa yang aku capai. Sedikit sedikit tak puas hati. Sedikit sedikit cemburu dengan orang lain. Di tahun baru ini, moga segalanya dapat di-neutralkan.
Tuhan. Ada juga aku terfikir. Selama aku solat dan berdoa kepada-Nya, adakah segala amal dan ibadah aku diterima? Adakah semuanya dilakukan dengan betul caranya?
Kena ingat. Nak sukses, tak boleh sombong dengan pencipta. Nak bahagia, hubungan dengan boss besar kena jaga. Sedar diri sikit.
Mama. Wanita berhati besi dan termulia di sisi aku. Sentiasa ada meski aku senang, jua aku susah. Aku nak tukar sedih tangisnya kepada senyuman bangga. Yes I will. Tunggu mama. Tunggu.
Sambung belajar. Aku sedar, kalau aku tak bertindak sekarang, keadaan akan jadi lebih sukar. Bezanya, aku mahukan jurusan yang aku ingini. Yang aku minati. Yang aku rasa ikhlas pelajari. Aku, seperti sesetengah yang lain ─ mengidamkan master. Juga PhD.
Borussia Dortmund. Tahun lepas, cinta bola keduaku selepas Em-yu sudah aku ketemu. Tahun ini, moga kelab berbelang kuning-hitam dan berpenyokong garang ini terus sukses di liga Bundes di bawah tunjuk ajar Jurgen Klopp. Dari kelab berstatus lemah, miskin dan hampir bangkrap, Dortmund diselamatkan Klopp menjadi juara liga dua kali yang digeruni. Biar tidak segah mahupun sekaya Bayern Munich, asal prinsip terhormat dan corak counter-attack terus dipertahan.
Aifa. Adik bongsuku yang sudah masuk ke tingkatan dua. 2012, kali pertama dia menjejak kaki ke asrama. Ya Tuhan, peliharakanlah kesayangan aku dalam menempuh dunia remaja yang penuh uji-duga.
Rakan-rakan. Seperti tahun tahun sebelumnya, tahun lepas ada yang datang, ada yang kekal, ada yang pergi. Dengan usia yang makin menghampiri mati, segala sikap-sikap manusia dalam menjaga silaturrahim sudah aku lali. Yang masih ada, terima kasih. Yang sudah hilang entah kemana, aku doakan bahagia buat kalian semua.
Rindu kanak-kanak ini juga sebenarnya. |
Cinta. Ada beberapa yang mencuba. Ada beberapa yang kucuba. Tapi semuanya hampir sia-sia. Kenapa hampir? Sebab berkait kemahuan aku, dan attitude mereka. Ada lah, aku malas nak cerita. Cumanya, ada seorang je yang still sangkut dalam jiwa.
Jodoh. Aku perlu lebih berhati-hati agar tidak termasuk "longkang-longkang cinta". *batuk*. Bagi aku ia tidaklah terlalu penting untuk difikirkan, tetapi melihatkan orang lain yang kucar-kacir bersama pasangan, membuat aku kadang kadang rasa ditekan. Dengan faktor umur yang tak perlu aku bangkitkan (baca: tua) acapkali aku fikir aku loser. Tapi bila fikir balik, kenapa pulak nak anggap diri loser? Jodoh itu Tuhan dah tetapkan. Seperti pesan seorang kenalan, "AR Badul dengan Os pun ada bini. Salih Yaakob yang tak hengseng pun beristeri empat, apakan pulak hang". Celaka punya nasihat. Tapi ada juga betulnya.
Cara berfikir. Ini lagi satu hal. Nak jodoh yang baik, kena ubah diri jadi lebih cemerlang, barulah jodoh yang cemerlang diluar dan dalam itu datang. Nak ubah diri jadi lebih baik, cara berfikir perlu di-tailor jadi lebih baik. Law of Attraction (yang ini aku cuba dalami bertahun) cakap, "Dunia luar adalah cerminan dari cara pemikiran kita". Berfikir positif, yang positif akan datang ke kita. Fikir negatif selalu? Faham-faham sendirilah. So untuk diri sendiri, berubahlah woi!
Di kesempatan ini, aku hulur maaf buat semua. Segala marah/kurang ajar/jelak harap dilupa. Andai aku jahat celaka, doakan aku berubah jadi manusia. Jika ada secubit kasih sesama insan dalam jiwa, doakan aku capai mimpi mimpi yang aku pendam lama.
Selamat dua kosong satu tiga.
p/s: Celaka panjang pulak 'nota pendek' aku ni.
7 comments:
Aku rs cm thh smbg ng ang ms bcnota pendek angni.
moga segala urusan awak dipermudahkan oleh NYA. Amin
Ni nota pendek2
@Z@i Z@mR33
hahaha
@Khairul Antasha
macih penulis fevret!
@fRaMe LenSeS
aku tak faham la hang tulis apa.
@H Y D E
ROY CKP MCM TGH SEMBANG NGAN NAIM BILA BACA NOTA PENDEK NIE HAHAHAH
Post a Comment