COMPATRIOT AKU

Tuesday, July 20, 2010

Cheng Guorong: Kisah sang Pengemis Kacak

Macam-macam la dengan dunia sekarang ni...
  
Seorang pengemis miskin tak berumah di  China telah menjadi kaya dan terkenal selepas gambarnya menjadi hit di Internet. Digelar dengan bermacam-macam gelaran seperti "Beggar Prince", "Handsome Vengabond" dan "Brother Sharp", lelaki setinggi 5 kaki 8 inci ini turut mengecapi status simbol seks di kalangan pengguna Internet.

Macho ke ni?

Nasibnya berubah selepas gambarnya dirakamkan oleh seorang jurugambar amatur ketika dia berkeliaran di jalan raya di bandar ini untuk meminta makanan pada tahun lalu.

Tidak lagi menyelongkar tong sampah, Guorong kini menerima banyak tawaran iklan dan dia turut bekerja sebagai model peragaan (wow!).

Dia juga ditawarkan berlakon dalam sebuah filem mengenai kisah hidupnya yang diterbitkan oleh penerbit filem tempatan dan menelan kos sekitar 72 juta yuan (RM34.3 juta).

Guorong berpindah ke bandar di timur China ini pada 1996 untuk mencari kerja bagi menyara isteri dan dua anaknya tetapi malu untuk menghubungi mereka setelah dia hilang pekerjaan dan wang simpanannya habis.Saudara-maranya menyangka dia mati sehingga mereka melihat imej-imejnya di Internet.

Guorong tidak dapat menahan kesedihan apabila mendapati bapa dan isterinya terbunuh dalam satu kemalangan kereta setelah dia kembali ke kampung halamannya untuk kali pertama dalam tempoh 14 tahun baru-baru ini.
  
*Nama sebenar "Brother Sharp" nie adalah Cheng Guorong, lahir pada tahun 1976, dan berasal dari daerah Poyang di wilayah Jiangxi. Disebabkan fenomena Internet lah yang mengubah beliau menjadi ikon internet yang terkenal di Tanah Besar China nun. Yang menariknya walaupun dia dikejar paparazzi selalu, dan dianggap lelaki paling seksi di China, dia masih tak berumah (homeless)....

Note : Memang bertuah badan la ko ni abang pengemis....sayangnya isteri & ayah dia dah mati akibat kemalangan...tak sempat dia nak bertemu kembali dengan diorang semula di kampung halaman....

4 comments:

MrsLove said...

sugguh tak sangka..dari pengemis leh jadi kaya..
klu ada rezeki tak kemana..ka??
tapi sedih gak cite dia nieh...
last2 tak leh gak nak jumpa isteri..
tapi yang pelik nape dia tak da rumah gak...pelik toi lah.....

azimask said...

rezeki memasing...
jom tolong mie ngan 8888


// klik sinie jom ke blog mimie azimask :D ... //

H Y D E said...

CL ► dah tuah & rezeki dia...
dia dpt something (kekayaan)...dia pon kehilangan something jgk kan (isteri & ayah)...


mimie ► btl tu

syukri0235 said...

weh... blog hg dah lawa la......