Salam world cup. Dalam keghairahan menonton world cup ni aku pon smpai terlupa yang Kejohanan Tennis Wimbledon dah already start pon sejak 21 Jun lepas (time besday ak meh....). Lupa pulak sebab asyik nengok world cup ja sampai forget yang my fevret tennis tournament ku dah mula pon. It's Wimbledon~
Tau ke apa itu Wimbledon Championship aka Wimbledon ni? Wimbledon, is a tennis tournament lor, salah 1 kejohanan dalam sukan tennis yang digelar "grand slam". Ada 4 kejohanan grand slam sepanjang tahun mngikut kalendar ATP... 3 kejohanan yg lain adalah Australian Open (Januari), French Open (Mei) & US Open (Ogos).
So apa pentingnya grand slam ni? grand slam teramatlah penting bagi seorang tennis player sebab prestige yang ada pada kejohanan ni. Dan amat-amat penting in terms of world ranking points, jumlah prize-money, public attention serta popularity satu-satu player. Cuba tengok pemenang-pemenang Grand slam yang lepas macam Roger Federer (dia pegang rekod dunia setakat ni dengan 16 kali juara grand slam), Rafa Nadal & Serena Williams... populariti diorang memang 'up' selepas menang grand slam. Dan yang pnting jugak prize moneylah.. (£1 milion beb for the singles winner)...
So apa yang aku nak cerita sebenarnya is a tennis match yang kebetulan aku tonton lepas match world cup...just saja-saja tengok jer. Ceritanya begini......... match ni brlangsung pada hari kedua kejohanan (selasa 22hb Jun) antara American player John Isner vs French qualifier Nicolas Mahut. Honestly, aku tengok match ni dengan perasaan biasa jer, morink tak tau nak buat apa... both player ni pon player biasa yang tak famous langsung (menang grand slam pon tak pernah). At last aku pegi tido, tengok tak habis... esok malamnya suddenly aku terkejut jugak sebab match ni ada lagi LIVE kt TV.... eh? ulangan ke?? tapi ada label LIVE? sambung balik ke nih?? Then baru aku tau yang match ni terpaksa dihentikn kelmarin atas sebab perlawanan berlangsung tanpa henti sampailah hari makin gelap (nak malam). Jadi terpaksa dihentikan dan disambung esoknya. Then match terus bersambung pada hari itu (rabu 23 Jun) sampilah bumi england mula gelap sekali lagi, dan umpire perlawanan terpaksa hentikan match ni pada set kelima (last set) pada mata 59-59 FFS! haha! yes, 59-59!! (selalunya dalam satu set tennis ni kutipan mata lebih kurang dalam 6-3, or 6-4, 7-6 macam tu lah,tapi dalam set terakhir kat kejohanan wimbledon ni, pengiraan point akan berterusan sampai la salah seorang player berkelebihan dua mata contohnya 14-12, 22-20, 19-18 just like that lah, macam point 'deuce' dalam badminton la).
Hari tu jugak rekod perlawanan tennis paling lama di dunia dah pon dipecahkan! Dan match tu pon bukan tamat lagi! Just dihentikan sebab perlawanan tak dapat diteruskan dan terpaksa disambung. Dan esoknya.... selepas 65 minit permainan continue, John Isner menang dengan mata 6–4, 3–6, 6–7(9–7), 7–6(7–3), 70–68.... total masa yg diambil sepanjang perlawanan ni adalah 11 jam, 5 minit selepas 3 hari perlawanan!!! gilo~
Antara fakta dari perlawanan ini:
*Isner minum banyak minuman pembekal tenaga dipanggil "recovery shake" dan mengambil "ice bath" selepas perlawanan terpaksa dihentikan dan Mahut juga mandi ais.
*Andy Roddick (seorang lagi pemain dari USA) membelikan Isner banyak makanan spt 3 kotak pizza saiz besar, all sorts of chicken dan kentang lenyek ~yummy..
*Isner selepas perlawanan memberitahu yang dia boleh makan sampai "12 biji Big Macs" kerana kelaparan yg terlampau LOL
*Dia tidur hanya dalam tempoh 4 jam. Dan Mahut juga hanya tidur just beberapa jam saja.
*Perlawanan ni sangat panjang dan mengelirukan, sampaikan electronic scoreboard pon rosak.
*Isner kalah dlm perlawanan seterusnya 0–6, 3–6, 2–6 kpd Thiemo De Bakker...tanpa melakukan sebarang ace pon dalam perlawanan tu (dia ni pakar ace, tapi disebabkan keletihan tahap gaban, satu ace pon tak lepas).
*Sebanyak 216 ace dilakukan sepanjang perlawanan ni. Totally crazy~
*Pakar berpendapat perlawanan macam ni mustahil akan berlaku semula, sebab tak mungkin ada pemain akan bertahan selama ni melainkan 'mental strength' mereka benar-benar kuat.
Apa yang aku tahu..game ni memang akan diingati slama-lamanya... selagi rekod ni tak dipecahkan (almost mustahil kot). So aku rasa bertuah juga sebab diberikan kesempatan oleh Allah untuk tengok historic match ni secara LIVE dan melihat sendiri bagaimana rekod ini tercipta. Credit for both player. Thank You John and Nicolas for making history!! :)
p/s : Federer kalah awal kali ni. Memang sekarang performance dia dah menurun... zaman kegemilangan dia dah makin pudar...single's champion Wimbledon kali ni milik Rafael Nadal. Bye-bye Federer...whatever happened I still lebiu :(
Credit to wikipedia Isner–Mahut match at the 2010 Wimbledon Championship
No comments:
Post a Comment