Tapi yang paling obvious sekali is that di tv3 tempoh iklan antara setiap kali babak muvee King Kong ni 'berehat' adalah SANGAT PANJANG. Yup, SANGAT PANJANG. Bising gile lil'sis aku tu mengomplen. Sempat lagi nak buang air beso. Sempat lagi nak download something from laman sesawang. Sempat lagi nak mandi wajib (ni aku yang menambah). Dan macam-macam yang sempat lagilah.
Dah banyak dah orang komplen pasal iklan panjang-panjang di TV ni. Dan mulalah wujud kebencian kat tv3 sebab iklan dia panjang sangat. Manusia manalah yang suka. Aku pon kemeluatan. Orang nak tengok rancangan TV saja bukan iklan yang memanjang kan. Maka banyaklah keluar komplen di akhbar Metro, Berita Harian dll lagi meminta agar tv3 mengurangkan iklan dalam siaran diorang. Persoalannya, korang rasa tv3 nak ikot cakap korang ke?
Ini petikan entri dari blog wartawan & pengacara terkenal tv3, Mazidul Akmal Sidik mngenai iklan kat TV nih http://mazidulakmal.blogspot.com/ :
Saya sering menerima komen berhubung penyiaran iklan televisyen. Iklan didakwa mengganggu perhatian penonton terhadap paparan disiarkan. Malah sebilangan penonton begitu emosi sehingga sanggup memaki hamun dan melontarkan komen berbaur penghinaan.
Sebelum bertugas di syarikat televisyen, saya juga tidak menggemari iklan. Kenapa? Kerana seperti penonton lain saya terpaksa menunggu untuk mengetahui kesudahan paparan ditonton. Setelah berkhidmat lebih 15 tahun di syarikat penyiaran saya masih tidak menggemari iklan. Namun kepentingan iklan kepada syarikat televisyen harus diperjelaskan.
Setiap iklan disiarkan televisyen, dibayar syarikat pengiklan mengikut kadar ditetapkan. Bayaran itu sumber kewangan utama khususnya kepada syarikat televisyen swasta. Bilangan dan durasi iklan pula bergantung kepada rating program. Maksudnya, jika program disiarkan pada waktu perdana dan mempunyai rating tinggi, harga iklan disiarkan lebih tinggi berbanding program mempunyai rating rendah dipaparkan pada waktu awal pagi.
Contohnya, Buletin Utama disiarkan pada waktu perdana ditonton purata 2.3 juta rakyat Malaysia mengikut rating dicatatkan AC Nielsen. Justeru setiap iklan disiarkan di antara jam 8 dan 9 malam itu dijangka disaksikan bilangan penonton sama sekaligus kadar bayaran iklan terbabit pastinya lebih mahal berbanding iklan disiarkan pada awal pagi dengan purata rating program kurang 500,000 penonton.
Wang dibayar pengiklan digunakan syarikat televisyen swasta untuk membiayai kos pengurusan dan operasi, membayar gaji ribuan kakitangan syarikat termasuk wartawan dan jurugambar. Wang hasil iklan juga antaranya digunakan untuk membiayai bajet pembikinan program disiarkan seperti tiket kapal terbang, hotel dan elaun krew bertugas di pelbagai lokasi samada di dalam mahupun di luar negara. Kekadang kos itu mencecah puluhan dan ratusan ribu ringgit biarpun durasi program disiarkan hanya 30 minit sahaja.
Dalam erti kata lain, tanpa iklan, sumber kewangan syarikat televisyen lumpuh dan program tidak mampu dihasilkan.
Namun hakikat itu jauh berbeza berbanding operasi syarikat televisyen berbayar, cable TV. Cable TV tidak banyak menyiarkan iklan kerana penonton membayar untuk menonton program ditawarkan sedangkan siaran televisyen swasta ditonton secara percuma.
Apapun, penonton mempunyai hak menentukan program ingin disaksikan. Jika ingin menonton program berkualiti secara percuma, penyiaran iklan is a price to pay. Sebaliknya, penonton boleh melanggan dan membayar perkhidmatan cable TV menyiarkan kurang bilangan iklan.
Sekarang dah faham kan? Tv3 mengaut untung melalui IKLAN. Sama juga bagi kita bloggers pon boleh menjana pendapatan melalui advertisement (aku blom lagi lor~). Malah itu la konsep yg digunapakai GOOGLE, YOUTUBE, YAHOO, FACEBOOK dan lain-lain lagi menjana keuntungan berbillion-billion dollar. Walaupun mereka menawarkan perkhidmatan percuma (seperti emel, upload & sharing video, menggunakan laman sosial tanpa mngenakan sebarang bayaran), pemilik diorang tetap makin kaya. Itu yang aku hairan dulu. Tapi sekrang dah faham oredi. The obvious thing is, tak mungkin syarikat televisyen macam tv3 akan mengurangkan tempoh durasi iklan mereka seperti yang kita penonton ni hendakkan. Itulah cara mereka mengaut keuntungan dan bayar gaji pekerja diorang... Siapa tak nak untung~
credit to Mazidul Akmal Sidik http://mazidulakmal.blogspot.com/
No comments:
Post a Comment