COMPATRIOT AKU

Sunday, October 26, 2014

Kahwin

Cakap pasal kahwin ni, berat juga topik ni bagi aku.

Aku login pesbuk tadi. Terkejut sebentar. Aismat bin Ayob, kenalan di sekolah menengah yang bebudak bebudak lain selalu kutuk masa di kelas dulu (sebab dia ni rendah sikit dan lurus bendul) dah menikah. Bini segak pula tu.

Aku perati je satu demi satu gambar persandingan diorang yang dimuat-naik bininya sambil menikmati rasa takjub akan satu lagi kenalan aku dah menemui jodoh.

Bila fikirkan tentang diri sendiri ni, down juga aku.

Dan sehingga kini aku percaya aku belum cukup bagus untuk dimiliki seseorang dan dibanggainya sebagai seorang ketua keluarga.

Oklah, aku nak sambung down atas katil sekejap.


posted from Bloggeroid

Friday, May 02, 2014

Bila Aku Down, Aku tengok Video Ni


Tengok wajah teruja kedua-dua pengacara ini pun dah tahu mereka pun excited serupa aku juga.

I wish I have a daughter like this in the coming future.



Saturday, April 26, 2014

Ingat

Jika diingat semula, aku dah hampir hampir berkahwin tahun 2009 dulu. But with the power of God everything collapsed down and now, I'm at Australia doing whatever I like.

Kalaulah aku jadi kahwin dulu.
Kalaulah.

Mungkinkah aku berhijrah ke sini?
Apa pekerjaan aku sekarang agaknya?
Sempatkah aku berkenalan dengan Fad, mendiang Yoga dan Ashwan?
Topek, Mel, Dell, Mira, Dila, Fahmi, Madi?
Awek scoot Kuala Perlis?
Mar? Nadia?
Unie, Azmir, Zila, abang Wan?
Ju, Erin, Amet, Fana, Lina?
Aiden, Chris, Ellie, Evelyn, Pie, Alice?

Oh, I can't brain this.

Life is truly wonderful.



posted from Bloggeroid

Tuesday, April 22, 2014

Kemanusiaan Di Norway


Ini sebabnya aku suka environment di Scandanavia.

Mari sama-sama menjadi manusia.

   
*Jangan lupa tekan butang cc di atas untuk captions dalam bahasa inggeris.

Komen:


Alih bahasa:

"Lelaki, dengar tip ini dari seorang perempuan yang lebih berusia. TIADA YANG LEBIH SEKSI DARIPADA SEORANG LELAKI YANG MEMBERIKAN JAKETNYA UNTUK ORANG LAIN. Ia lebih bagus dari otot yang berketak-ketak."

"Betul tu. Saya rasa seolah-olah ovari saya meletup sekitar minit 2:09."

"Ia berlaku pada semua wanita. Kalaulah lelaki semua faham akan ini."


Notes: Bagaimana jika di negara kita?



Monday, April 07, 2014

Kenapa Enchik Hyde?

Beberapa sahabat dan kenalan pernah bertanya, "nama hyde ni mai mana? eh engko nama dah sedap sedap nak hyde hyde pulak, eh kenapa enchik hyde eh?". Well takde signifikan sangat nama ni pada aku. cuma pada sekitar 2009 semasa mula berblog aku ada terfikir pasal nama pena yang sesuai, dan waktu itu secara spontan lagu Blurry Eyes ini dimainkan di laptop, dan wallah, ini hasilnya.


Aku bet takde siapa pun kenal mamat ni. Maybe a few.

Tapi dia ni memang aku minat betul sejak tahun 2004 lagi.

Hideto Takarai nama sebenarnya. Vokalis band musik paling famous di Jepun, L' Arc-en-Ciel atau turut dikenali sebagai Laruku.

Mula main musik sejak zaman Nirvana tengah nak up lagi. Dan yang menariknya, dia dah 45! Tapi nampak jauh lagi muda dari aku (bangsa Jepun dengan taraf kesihatan mereka dan terma awet muda memang tak boleh dipisahkan).

Kalau sekali pandang memang nampak macam perempuan tapi yelah, dia dah tua. Tapi tak kisahlah, walaupun dah 45, suaranya tetap sedap dan kool gila.

Dan aku sebagai lelaki pun aku akui ada 3 lelaki yang aku anggap macho. Yang pertamanya, Mats Hummels. Keduanya Tomoya Nagase dan ketiganya Hyde ni lah. Jika kalian rajin perhatikan profile picture pesbuk mahupun avatar twitter aku, haaa itulah yang aku maksudkan.

Aku dan musik musik dari Jepun ni memang takkan boleh dipisahkan. Duduk di Aussie sekarang pun, perasannya tetap sama.

Itu sahajalah sedikit sebanyak. Moga menjawab soalan. Maaflah jika entri ini berbau gay sedikit. Aku masih normal dan tenang lagi. kah.





Sunday, March 30, 2014

Lemah

"Mama bukan apa, kadang kadang mama teringat kat abang. Tu ja".

Ayat yang paling melemahkan aku sekarang ni.

Bila kita tahu ada seseorang tengah pedih menanggung rindu untuk kita, ia bukanlah sesuatu yang menyeronokkan sebenarnya, tambahan dia itu ibu kita.

Perit.

posted from Bloggeroid

Thursday, March 13, 2014

The Biggest Compliment So Far

E - "You know what Naim, me and Aiden think that you're cool guy."

"What ?"

B - "She said that you're looks cool. She literally complimenting you though."

E - "Yeah really. And he said that he wants to be a guy like you. Even the way you dressed up to the class everyday was sharp as always."

"What the... ok. hahaha. That's awkward. I'm not that type of guy that you and Aiden thought I was. Just no. I don't even have enough money to afford a new clothes, yet you're think I'm sharp? Get a grip Ellie."

E - "hehe. That's what we thought actually. We were talking about everybody in the class, everytime."

Silence.

".... thanks. for the compliment. Nobody have said things like that before. but again, are you both out of your mind?"


MADE MY DAY.

posted from Bloggeroid

Wednesday, March 05, 2014

Sedih, Penat, Lega, Bahagia

awal pagi tadi, ketika aku duduk duduk sementara menanti kelas bermula di lobi universiti, otak tiba tiba melayang terkenangkan saat kenduri perkahwinan kenalan belog aku, Naqiah Othman beberapa bulan lepas.

waktu kami semua sibuk bergambar kenangan dengan berbagai macam posisi bersama Naqiah, suami beliau tenang bersandar di kerusi sambil memerhatikan gelagat kami semua bersama isterinya. pada hemat aku, mungkin dia kepenatan dan agak segan dengan gelagat kami semua yang agak gila gila. dan terpandang di ekor mata aku waktu itu, matanya kemerahan, dan air matanya berkaca di kelopak mata. nyata tergambar satu ribu macam perasaan yang entah aku pun tak mampu nak telaah di wajahnya.

mungkin air mata bahagia. mungkin juga air mata lega kerana penantian beliau untuk mendirikan masjid, menyempurnakan sunnah dan berpasangan dengan seseorang yang dicintai sudah berakhir.

sungguh, dengki pula aku melihatnya. ini buat aku terfikir, bila pula aku mampu merasa sedih, penat, lega dan bahagia sebegitu?

time will tell.



posted from Bloggeroid

Saturday, January 04, 2014

Selamat 2014

Sudah tiga hari 2014 menjengah dan aku baru nak update mengenainya. Tak apalah, belog aku dan aku pasti tiada siapa peduli akan ini. Apa pun, banyak perkara yang berlaku sepanjang tahun yang lepas, mengikut perspektif aku;

Ditinggalkan. Tok cik Aishah, Pakcik Hayazi dan Pak Ndak Din meninggalkan kami selama-lamanya. Pemergian Arwah Tok Chik adalah sesuatu yag sudah diagak. Sakit tua sebebnya. Tetapi kehilangan Pakcik Hayazi dan Pak Ndak Din adalah sesuatu yang amat mengejutkan dan langsung tidak dijangka. Kelmarin beraya dan makan sama-sama, tup tup esoknya dah tak ada. Tahun ini semoga semuanya dipanjangkan umur dan sihat sejahtera saja.

Kerja. Senang aku nak ungkapkan, pekerjaan pada 2013 ini memenatkan, tetapi sangatlah menyeronokkan. Datang kerja awal, balik lewat malam. Menghadap kerja dalam bidang baru ini seronok sebenarnya, itupun jika enviroment kena dengan kita. Alhamdulillah, rakan-rakan sekerja di sini semuanya nice-nice sahaja. Fad, Zila, Abang Wan, Yoga, Ashwan, Ayu, Yatt, Atie, Unie, Pikah, Prema, Fina, Azmir dan lain-lain walaupun kadang-kadang ada yang macam mangkuk ayun, tapi memang rock. Kah kah kah. Jumpa ramai orang, kawan dengan bermacam orang, akhirnya berpisah dan jadi strangers jua. Inilah rencah hidup.

Usaha. Aku rasa, agak memuaskan juga tahun 2013 ni kalau nak cakap pasal usaha. Rasa macam level usaha aku naik sedikit berbanding tahun sebelumnya. Rasa saja ya. Still, banyak lagi nak kena improve. Tahun depan kena usaha lebih pulun lagi dan reap the rewards like a boss.

Emyu. Geram nak cakap bab ni sebenarnya, tapi nak cakap juga. Senang cakap, musim lepas, juara ternama Liga Perdana Inggeris. Kedudukan terkini di season baru, 11 mata ketinggalan di belakang pendahulu, 6 mata di belakang pasukan di tempat kelayakan akhir liga juara-juara, yakni Liverpool. Dem. Apa sudah jadi? Memalukan. Sampai sekarang aku tak faham kenapa David Moyes yang dipilih sebagai pengganti. Main boring, taktik negatif. Sama je di setiap perlawanan.

Cinta. Hahahaha. Boringlah bab ni. Lupakan dulu. Fokus pada yang lain.


Selamat tahun baru. Tahun ini, aku bakal berkelana ke negara orang.


Notes: Aku dah lama tinggalkan anime dan manga. Tak kira lah dimana pun, aku nak berlibur semula dengan seni-seni menghiburkan dari Jepun ni.