COMPATRIOT AKU

Sunday, February 27, 2011

Jalanraya Paling Berbahaya Di Dunia

Entri untuk kali ini aku nak berkongsi mengenai jalanraya yang paling berbahaya di dunia. It caught my attention because jalan seperti ini tidak sepatutnya dibuat kerana kedudukan jalan yang tak masuk akal. Maksud aku, ada limit jika sesebuah jalan itu hendak dibina tapi manusia ni selalunya degil. Asal ada shortcut aje nak buat. Akibatnya pengguna jalan pula yang terpaksa tanggung risiko. Ini antara jalanraya di dunia yang dibina merentasi limit dan bahaya yang tersedia. Awesome tapi dangerous!

North Yungas Road (Road of Death), Bolivia
Ini antara jalan maut yang paling terkenal di dunia. Mendapat jolokan "road of death", seramai 200-300 orang terkorban sepanjang tahun akibat kemalangan di jalan ni.







Trollstigen (Norway)
Sempit & amat banyak selekoh tajam. Terletak di Rauma, Norway.



Guoliang Tunnel di Pergunungan Taihang, China
Jalan setinggi 5 meter & selebar 4 meter ini terletak di Pergunungan Taihang, wilayah Hunan. Ia dibina pada tahun 1977 oleh penduduk setempat bagi menghubungkan mereka dengan dunia luar. Dalam tempoh pembinaan, ramai penduduk yang maut. Certainly antara jalan maut yang tercantik bagi pendapat aku. Berbaloi juga terkorbannya penduduk kampung akibat nak bina jalan ni. Lawa sebab laluannya adalah di tengah bukit. Amazing.

 







Halsema Highway, Filipina
Terletak di Kepulauan Luzon, Filipina. Apa sangatlah jalan ke Cameron Highlands kalau nak dibandingkan dengan Halsema Highway ni.






Grimsel Pass, Switzerland
Jalan setinggi 2165 meter yang terletak di pergunungan Swiss. Terletak di kawasan pergunungan, sememangnya agak merbahaya bagi pengguna jalanraya.





 



Stelvio Pass Road Trollstigen (Itali)
Dengan 48 hairpins, ini juga antara jalanraya berbahaya yang cantik jika dirakam. Terletak di pergunungan Alps, berdekatan sempadan Itali-Swiss. Cun tapi bahaya.

Sanggupkah korang nak drive atas jalan macam ni? =)

No comments: