COMPATRIOT AKU

Monday, August 01, 2011

Kenangan Sebelum Puasa, Salam Ramadhan!

Salam.

Ya ampun, lama betul tak update blog ni. Aku bukannya apa, bizi sangat kebelakangan ni. Bizi kerja, bizi ber'gath'. Bizi menggatai dengan awek orang. Bizi dok emo sorang sorang. Semua keja berpekdah je tu.

Orait. straight to the point. Aku nak ucap terima kasi kat member aku especially Mikro, Jusiza, Naqiah & Erin sebab sudi layan aku. Sudi melawak dengan aku. Sudi merapu dengan aku. Even aku ni kekadang annoying (depa pun annoying jugak sebenarnya) tapi diorang sekor sekor tetap sempoi je bertahan dengan aku. Selalu jugak ngopi sekali, karok sekali, kongsi masalah sekali, even baru 4 bulan je kenal. Sempoi dak?

Bak kata makcik Bebelan Si Mulut Lazer, "inilah yang urang kata kimia".

Thanks juga kat semua member member alam maya yang lain yang sempat berjumpa sebelum puasa kali ni start. Tengkiu very much.

Ok enough babbling. Tengok bawah.


 Yang ni tak silap aku 18hb kot. Kot je la kan. Jumpak sembang sembang. Kebetulan waktu ni terserempak member lama aku Adnan Che Hussain.

20 haribulan. Tak kira betapa sibuk pun, petang tu aku tengok jugak menatang ni. SORANG SORANG. Ni kes sangap Optimus Prime sama Rosie Huntington-Whiteley punya pasal. Lagipun ajak member member lain semua tak mahu =.=

22hb. Mee Udang Sungai Dua. Tak larat layan dua ekor sebelah kiri gambar ni. Nak kenal mamat t-shirt putih ni PM aku.

Yang ni paling latest. 2 days ago *cheewah speaking*. Pulau Aman je pun. Bukan Pulau Okinawa. Kredit gambar untuk adik Najwa Fadillah Othman yang cool.

* * * * *
 Apa apa pun hari ni dah bermulanya 1 Ramadhan. Semoga semua umat Islam berpuasa bersungguh -sungguh. Setan semua dah kena ikat. Jangan buat buat ada sejarah gastrik pulak.

Ok salam Ramadhan buat semua pembaca. Aku serious ni.


Notes : Aku suka kat sorang tu. Tapi . . . . . .

No comments: