Sikap anjing yang mengganggu sesuatu pemainan bukanlah sesuatu yang pelik. Tetapi jika anjing itu adalah anjing polis yang terlatih, lain pula ceritanya.
Inilah yang berlaku dalam satu perlawanan bolasepak liga Brazil pada minggu lepas
Kelab Ituiutaba and Uberlandia bertemu sesama sendiri dalam saingan liga Mineiro. Tetapi di pertengahan perlawanan, seekor anjing polis yang bernama Agil terlepas dari jagaan penjaganya dan masuk ke padang.
Penonton perlawanan bersorak melihat aksi anjing polis ini di atas padang dan pemain pula hanya mampu melihat sahaja anjing itu menggigit bola dan bermain-main dengan bola itu hingga di tengah padang.
Akhirnya polis yang bertanggungjawab menjaga Agil dapat mengawal anjing itu dan membawanya ke tepi padang. Dalam perlawanan itu Uberlandia menewaskan Ituiutaba jengan jaringan 3-2.
Apa boleh buat. Dia pun nak join sekaki. Lagipun bukan ditempat lain. Brazil jugak kan.... Semua suka main bola/football. Anjing pun tak terkecuali...
Notes : At least anjing ni tak disepak ke tepi padang oleh pemain bolasepak yang tak berhati perut seperti apa yang berlaku pada seekor burung hantu dalam satu perlawanan minggu lepas. Apparently, burung hantu tersebut dah mati. RIP Owly
No comments:
Post a Comment