COMPATRIOT AKU

Thursday, March 17, 2011

Casey Heynes.. Budak Pendiam Balas Dendam Terhadap Kaki Buli (video)

Saban hari kita disajikan dengan berita mengenai kes buli, tak kira samada di sekolah mahupun di merata-rata tempat. Benda ni dah jadi kebiasaan, yang pendiam/skema/baik hati/lurus bendul kena buli; yang rasa bagus sangat, tak bersyukur, nak menunjuk² depan orang ramai memang jadi dah terbenih dalam diri nak jadi pembuli kepala bapak.

Ini yang aku nak story. Pasal Casey Haynes.


Casey Heynes. Australian. 16 tahun. Badan gemuk. Overweight. Skema. Pendiam. Dibuli sepanjang hidupnya di high school.

Satu hari, dia didatangi beberapa orang kaki buli. Hari tu mungkin diorang terpikir "kalau kita buli mamat ni sambil kita rakam memang cool kan? Mesti ramai yang respek. Kita kasi malu sama ini budak gemuks." Tambahan pula ada a few girls masa tu. Bertambah semangat nak menunjuk-nunjuk.

Tapi diorang silap. Heynes memang pendiam. Sememangnya skema. Tapi dia manusia. Patient level dia ada limit. Apa yang dia buat? BODYSLAM. With pride.


Memang ala² WWE. Nasib si kaki buli ni agak lucky, hanya terseliuh buku lali. Kalau dilihat dari video, sememangnya layak patah buku lali, pecah kepala or patah hidung. Akibat dari pergaduhan ni, kedua-dua budak digantung sekolah selama 4 hari.


Obviously video ni dah tersebar merata di internet sehingga mencetuskan debat samada Heynes layak dipuji akibat tindakannya itu. Kelmarin, laporan mengenainya mencatat hits sebanyak 140,000 di website The Daily Telegraph berbanding 35,000 hits mengenai krisis nuklear Jepun.

Kudos to Casey Heynes "the sleeping giant". Served the prick right.

Okey. Enough rant. Tengok video di bawah.


Photobucket  OWNED  Photobucket

No comments: