COMPATRIOT AKU

Saturday, April 09, 2011

Foto-Foto Blackberry Bold 'Touch 9330' Tersebar di Internet

Blackberry akan memperkenalkan model terbaru dalam lineup Bold yang diberi nama Bold Touch. Berbeza dengan model2 Bold sebelum ini, Bold Touch kali ini membawa kelainan dengan memperkenalkan teknologi skrin sesentuh (touchscreen) pada skrinnya yang bersaiz 2.8" berbanding 2.4" untuk saiz biasa tanpa touchscreen untuk model Bold sebelum ini.


Seperti model2 keluaran Blackberry yang lain, Blackberry Bold Touch ini memiliki bentuk & design yang sama. Kelainan yang dapat dilihat adalah seperti penutup bateri carbon yang menggantikan 'faux leather' yang digunakan sebelum ini. Selain itu, Blackberry Bold Touch ini juga akan menggunakan bateri terbaru dari RIM yang akan dapat meningkatkan tempoh penggunaan. Juga, ura-ura mengatakan model terbaru ini akan menggunakan processor Qualcomm 1.2GHz & Blackberry OS 6.1.





Blackberry Bold Touch berkemungkinan akan dilancarkan di Blackberry World event pada 1 Mei nanti. Ianya mungkin akan berada di pasaran pada Jun-Julai akan datang.

Sumber

No comments: