Panjang pula tajuk entri ni.
Hari sabtu lepas, bertempat di sebuah rumah teres dua tingkat di Seberang Perai, berlangsungnya gathering group blogger dari kawasan utara, namely Kami Blogger Utagha (KBU). Gath ni jugak diadakan untuk meraikan majlis perpisahan 3 blogger dari KBU yang sudah 'habih mengaji' & bakal pulang ke negeri masing²
Map ke rumah gath. Bertungkuih-lumuih Mikro Kokus edit map ni bagi lawa. Credit to him.
Seramai lebih kurang 30 orang blogger menghadirkan diri ke gath ni. Gath ni menggunakan tema baju melayu & baju kurung hasil idea sapa pun tak tau. Maybe idea Nadh Zer Eee kot.
Bermula pukul 11 pagi, para blogger terhormat mula memenuhi rumah Onie, Tatia & Erika Rain. Yang rajin jadi tukang bakaq manakala yang tak berapa nak rajin maka bergolek² la depa dalam rumah sambil beramah-mesra dengan blogger² lain.
Ini antara beberapa shot yang diambil hari tu. Mind you this pic is not belongs to me (broken engrish).
Ini antara beberapa shot yang diambil hari tu. Mind you this pic is not belongs to me (broken engrish).
Saat semua blogger bertemu
Kak Shida dengan Syukri tukang bakaq
Hajar & Badriah
"Hat nie boh tang tu... Hat tu boh tang nie okey".. kata kak Shida (tiru ayat pakcu)
Hajar dengan kakak. Awat kakak posing camtu?.. Hehe
Munet. Thehehe~
Jejaka² pemalu.
Geng² happening. Meriah majlis ni sebab depa.
Kak shida oh kak Shida. Laju je online. Dah nama pun blogger~
Sesi ice-breaking. Erika Rain muka comey ja macamtu.
Kebetulan, semua blogger dalam gambar ni pakai baju kaler ungu mana snap. Good job Munet. Cik GKSB seperti biasa posing comel sokmo. Yang sebelah kiri tu pulak perasan kachak.
Hehe. Cara Naqiah tengok jejaka² ensem dengan muka disgusted memang priceless. Pasai pa Naqiah?
Nor & Erin. Depa dua legend. Meletop gath kali ni pasal depa dua. Berbelas tahun tak jumpa... sekali Allah takdirkan jumpa kat gath ni, amik hang. Tak Hengat.
Eh dak kecik kat belakang tu nak interframe skali ye.
Aksi-aksi spontan para blogger.
Pic khas dari geng² purple hari tu.
Nadzli, Nadzirah, Nadzri. Triple trouble.
Anak² dara yang duduk tu la 3 orang yang diraikan dalam majlis ni. Lepas ni dah takdak dah kat sini
* * * * * * * *
Selesai gath ni ramai yang balik. Tapi tidak bagi Onie, Erika & Tatia serta beberapa blogger yang lain sebab diorang pegi karok. Seriously bagi aku pertemuan ni memang best. Best sebab dapat jumpa kenalan² alam maya. Sapa kata kenalan² alam maya tak boleh jadi member rapat di dunia nyata? KBU proved it wrong yaww... coz WE ARE FAMILY.
Berdiri dari kiri : Badriah, Hajar, Eva, Onie Iyoko, NA, Abil, NA, Syakira, Tatia Bulat, Cik Zai, Dik Nazzs, Shasha, Cik GKSB, kak Shida, NA, Hidir, Mikro, Syukri, Erin, Nor, Naqiah, Adi Suda, Adam
Ini vlog yang sempat dirakam hari tu. Ada ucapan dari gegurl² yang bakal berpisah iaitu Onie Iyoko, Tatia Bulat & Erika Rain. Enjoice. *Sob sob sob~
Buat Onie Iyoko, Erika Rain & Tatia Bulat: Jangan sedih² ye. Facebook kan ada lagi. Hari² boleh tengok & sembang² dengan family KBU yang lain. Nanti kalau ada gathering yang dianjurkan KBU lagi, harap boleh turun sebelah utara ni. Whatever happen pun, kena join jugak! Hehehe...
Harap nanti boleh la gathering lagi!!
Kredit gambar kepada Munet, Nadzli & Mikro Kokus
No comments:
Post a Comment