COMPATRIOT AKU

Tuesday, April 12, 2011

Hero Kecil : Budak 6 Tahun Guna Tubuh Sebagai Perisai Untuk Lindungi Adik Dari Serangan Anjing

Ini baru la real hero...

Ketika seekor anjing liar menyerang Timo dan Carlos Perez, hanya ada satu keutamaan sahaja dalam fikiran Timo - untuk melindungi adiknya dari serangan itu.

Timo Perez, 6 tahun, menunjukkan demonstrasi
cara beliau menyelamatkan adiknya.

Anjing dari baka German shepherd itu telah terlepas dari kawasan perniagaan berdekatan dan menghampiri kawasan kejiranan di Homestead, South Florida, di mana Timo dan Carlos Perez bermain-main dengan rakan mereka.

Ketika anjing itu mula menyerang secara tiba-tiba, Timo, 6 tahun, tidak takut atau bimbang tentang keselamatannya sendiri. Apa yang dia tahu,hanya dia sahaja yang mampu melindungi adiknya yang berusia 4 tahun dan seorang lagi rakan mereka yang juga berusia 4 tahun.

Kedua-dua kanak-kanak yang lebih muda itu bersembunyi di bawah trak di halaman ketika anjing liar itu menyerang bahu, lengan dan kepala Timo.

Keadaan Timo Perez selepas diserang

Menggunakan tubuhnya sebagai penghadang di antara anjing dan adiknya, Timo berbaring di tepi lori itu dan bertahan untuk bergerak walaupun digigit bertubi-tubi. Ketika itu adik dan rakannya berlindung ketakutan di belakangnya.

Akhirnya anjing itu berhenti menyerang dan melarikan diri.

Setelah meminta bantuan, Timo dibawa ke Miami Childrens' Hospital, di mana beliau menerima banyak jahitan di bahu, kulit kepala dan lengan.

Berita mengenai keberanian Timo tersebar dengan cepat di kawasan kejiranan dan di luar, dan keberanian beliau menyebabkan beliau dianggap sebagai 'minor celebrity' di situ.

Menurut polis, anjing berjaya menggali lubang di bawah pagar dan melepaskan diri dari perniagaan di Northwest Ninth Avenue pada Khamis malam.

Anjing German shepard yang ganas itu dibunuh oleh pihak polis

Kawasan perniagaan di mana anjing itu melepaskan diri

Seorang jurucakap polis mengatakan pemilik anjing telah ditahan, dan anjing tersebut telah dibunuh akibat dari perlakuannya yang ganas itu

* * * * *
Tabik spring untuk Timo Perez... Ini la yang orang kata "sweet bond between brothers" tak akan putus bak air dicincang. Bravo!

No comments: