COMPATRIOT AKU

Monday, April 04, 2011

Tahniah FC Porto. Tahniah Andres Villas Boas.

Tahniah kerana menjuarai Liga Portugal semalam. Ya semalam. Officially Porto menjuarai Liga Portugal setelah menewaskan musuh ketatnya, SL Benfica di Estadio de Luz, stadium Benfica.

"Apa yang hebatnya kejuaraan kali ni?". Bagi aku hebat. Sebab jurulatih FC Porto, Andres Villas Boas ni hebat. Memang hebat. In fact, hebat gila!

Kenapa dia hebat? Kerana dirinya. Kerana profilenya . Unik.


Kalau tidak, takkanlah dia digelar "the new Jose Mourinho" kan? Ini antara fakta² kehebatan Andres Villas Boas :
  • Sama seperti Mourinho, dia tak pernah memiliki pengalaman sebagai pemain bolasepak professional. Tak pernah jadi pemain bola pun boleh jadi world class coach.
  • Pengalaman kejurulatihan yang amat sedikit. Tetapi mengejutkan banyak pihak bila mampu membimbing Porto menjadi juara liga Portugis musim ini (musim pertama beliau).
  • Memperoleh lesen kejurulatihan 'UEFA C' semuda usia 17 di Scotland. Kemudian memegang jawatan kecil sebagai pengurus skuad kebangsaan British Virgin Island ketika umur semuda 21 tahun dan kemudian menjadi assistant Jose Mourinho di Porto. Setelah Mourinho berpindah ke Chelsea, Villas Boas menjadi sebahagian dari management di bawah Mourinho di Chelsea.
  • Bermula musim 2009-10, Villas Boas meletak jawatan dari menjadi staff Mourinho dengan niat untuk menjadi jurulatih utama. Akhirnya pada Oktober 2009, beliau dilantik menjadi jurulatih di kelab Académica di Liga Portugal. Di sinilah kehebatannya bermula.
  • Ketika beliau dilantik, Académica terperosok di bawah sekali di Liga Portugis, tanpa sebarang kemenangan langsung. Namun nasib berubah dengan kedatangan Villas Boas, apabila beliau menerapkan gaya bolasepak yang menarik & di akhir musim, Académica menamatkan musim dengan bergaya di tempat ke 11... 10 mata di atas zon penyingkiran. Satu pencapaian yang besar untuk jurulatih yang tiada pengalaman seperti beliau.
  • Musim 2010-2011, beliau dilantik menjadi pengurus kelab terbesar di Portugal, FC Porto. Pada 7 August 2010, dua bulan selepas menjadi pengurus Porto, beliau memenangi trofi pertama apabila menjuarai Portuguese Supercup menewaskan Benfica 2-0. 
  • Mencatat rekod 36 perlawanan tanpa kalah dalam semua pertandingan pada Disember. Rekod sebelumnya dipegang Mourinho sebanyak 33 perlawanan.
  • Dan semalam, 3 April, Andres Villas Boas membimbing FC Porto untuk kejuaraan Liga Portugis lima round lebih awal sebelum penamat musim dengan mengalahkan Benfica di stadium lawan. Dia hanya berusia 33 tahun ketika membimbing kelab utama menjadi juara, tak sampai 10 tahun pun beza usia beliau dengan aku!!
      Tengok sendiri rekod Porto musim ni. 25 games played... WIN 23. DRAW 2. LOSE 'ZERO'. Amazing record.
        • Bakal menjadi pengurus yang sukses. Di kala pemain bolasepak seusia dengan beliau seperti John Terry & Rio Ferdinand masih bermain bolasepak & menyambung kontrak, beliau memiliki resume yang cukup power untuk menjadi pengurus kelab utama di Eropah dengan pencapaian beliau seusia awal 30-an ini.
        Dia adalah dia antara pengurus² yang aku consider sebagai pengganti pilihan untuk jawatan Sir Alex Ferguson di Manchester United nanti selain favourite² lain seperti Joachim Loew (German national team), Pep Guardiola (Barcelona), Jurgen Klopp (Borrusia Dortmund) & Laurent Blanc (French national team).

        Ok. Enough entri pasal bola. Nanti readers kaum hawa cakap boring. 

        p/s : Ada ulser membengkak di antara gigi geraham dengan tekak (both sides). Nak buka mulut pun tak boleh. 2 hari tak makan apa just Milo campur Quaker Oat. Ya Allah siksanya. Lapar pun buat tak tahu je la~

        No comments: