Pagi kelmarin, dalam lingkungan pukul 9.30 pagi, handset aku berbunyi. aku tengok kat screen hanset cokia ku, rupanya kenalan lama aku di sekolah teknik dahulu yang call. "Eh, apasal pula budak ni call aku pagi-pagi macam ni?" ku bermonolog. Ah monolog apa. aku angkat.
"Assalamualaikum Naim. wey hang buat apa".
"Aku kerja la. Awatnya call aku ni weh?" aku jawab.
"Takdak la. saja nak habaq kat hang, cikgu Mat Zoon dah meninggal. Lepas Zohor depa nak simpan."
Sementelah perbualan tu. Aku sambung kerja. Tapi secara automatik aku rasa tak ada mood. Langsung. Nak buat tu jadi malas. Nak buat ni rasa tak kena. Kekadang rasa nak lempang saja muka Hooi Leng si engineer ni bila dia buka mulut. Apa yang aku nak buat saja, aku teringat muka arwah cikgu aku tu.
Masih aku ingat lagi suaranya.
Masih aku ingat lagi dia punya sound system macam mana bila dia naik angin, especially dengan budak budak mekanikal.
Masih teringat lagi dia denda aku dengan Are-Long Khairil sama Apit Raffic pusing padang 5 round sebab tak turun latihan rumah sukan.
Masih terkenang lagi bertapa annoyingnya aku tengok muka cikgu Mat Zoon ni bila dia nak buat spot-check lepas assembly. Bertambah geram aku bilamana aku kantoi, dan cikgu kerat segala 'remoih' aku sebelah kanan SAHAJA. Padan muka aku, kan dah jadi bahan ketawa awek awek sekolah.
Masih terbayang lagi marahnya dia kat aku dengan Mat Kert, Zai'im Zailan dan makhluk makhluk lain sampaikan kitorang didenda cabut pokok pokok semalu yang subur di sekitar padang SMTSPPP. Sebab apa pun aku dah lupa.
Buat pertama kalinya dalam tempoh yang panjang, aku rasa nak menangis. Serious. Ini bukan pasal aku tak boleh cool macam orang lain. Bukan juga pasal aku ni sentimental. Tapi realitinya cikgu aku dah tak ada! Dan aku langsung tak pernah ketemu beliau even selepas zaman persekolahan aku dah tamat.
Al-fatihah buat Allahyarham Ahmad Zoon Ismail. Seorang guru yang hebat, berdedikasi dan sangat penyabar. Mungkin ada hikmahnya dia meninggal di bulan puasa yang mulia ini. Semoga roh cikgu aman di sana. Amin
p/s : Terkilan sangat-sangat sebab tak sempat bertemu arwah. Sekarang dah terlambat.
2 comments:
salam... arwah cikgu mat zoon ni ada mengajar taekwondo ke? sorry kalau silap orang....
salam... arwah cikgu mat zoon ni ada mengajar taekwondo ke? sorry kalau silap orang....
Post a Comment