Nasyid. Angpa minat? Aku ni dengar jugak musik nasyid. Raihan, Rabbani, Hijjaz, Unic, In-team, Brothers dan lain-lain group dalam scene nasyid malaysia ni. tapi bukanlah tahap 'hardcore' apatah lagi 'fanatik' sampai grup indie nasyid pun tahu.
Berbanding dengan genre lain, nasyid ni aku tak lah kasik high regard sangat. Tahap appreciation aku pada genre ni memang sangat low. Tidak seperti genre J-pop, Alternative/progressive rock or 90's pop yang sememangnya aku pandang tinggi sampaikan aku hafal banyak lirik-lirik lagu dalam genre tersebut.
Sehinggalah kelmarin, member blogging merangkap doktor peribadi aku (keh keh keh) si farhana norsham tiba-tiba meramahkan diri menge'tag' nama aku dalam post lagu indon beliau. FYI, beliau minat benar dengan lagu-lagu indonesia. Lagu indon celah mana pun kalau tanye beliau direct insyaAllah beliau boleh jawab tanpa kerdipan mata sekalipun. Memang power!
Seperti biasa, kalau sambadi share link youtube kat aku, 75% daripadanya aku persetankan. Harom tak tekan pun. Melainkan ada gambar awek cun di thumbnail video tu, otometik jari ni klik link tu. Setan dak?
Tapi kelmarin, sebab bosan waktu cuti-cuti aku tekan link tu. "Ah, tekan je lah. Bukan rugi pun kan".
Aku dengat first verse. Korus. Second verse. Korus. Bla bla bla sampai habis. Macam biasa.
So pendapat aku? Lagu ni ohsem!
Tak sangka ada lagi lagu-lagu nasyid yang superb macam ni. Dan aku tetap stay with my own opinion dari dulu, 'orang indon, kalau buat lagu, memang ganah dari orang kita'.
Starting slow, typical nasyid la starting macam tu. Tapi yang superbnya bila masuk part korus. Tetiba lagu jadi catchy. sempoi! Lirik tak payah kata la. Memang kasi ibu jari angkat tinggi-tinggi.
So pembaca sekalian, don't hesitate to click the link below. Tambah-tambah kalau anda suka lagu indonesia, atau anda suka lagu yang easy listening, atau realitinya anda memang #jiwangsukalayanlagujiwang. Sumpah ohsem. Rasa tak ohsem tanggung sendiri.
Aku suka betei layan lagu-lagu indon ni.
Notes : teringat ex la.
No comments:
Post a Comment