COMPATRIOT AKU

Tuesday, August 16, 2011

Iftar @ Kuala Perlis (part 2)

Ok sambung cerita dari part 1.

Tengahari itu. Selesai bersiram. Kusarungkan jersi World Cup England tahun 2002 kaler merah ke badanku. Jeans hitam. Converse hitam lusuh.

Setelah selesai merangka strategi untuk tentatif hari ini dengan abe Mikro, maka aku menapak menuju ke motorsikal adik ku. Ku labuhkan punggung ke atas sit. Beg galas lembut Lotto kaler hitam ku galas arah depan stail zaman Al-Mashoor dulu. Didalamnya terkandung mende-mende seperti krim rambut L'oreal, sikat, kamere serta DVD 1 Litre of Tears, permintaan khas dari awek tudung  predator  bawal.

Burrr! Burrr!

Enjin motorsikal berderum nyaring. Moto cabuk itu pun menjalar menyusuri jalanraya menuju ke rumah lama di Taman GP.

Ujian ketiga.
Dengan kuasa Tuhan, hujan pula di tengah perjalanan. Lebatnya boleh tahan. Tak apa, ku persetankan. Yang penting sampai. Buat apa nak marah-marah kuasa Tuhan, kan?

Sesampainya di rumah lama, aku mesej mikro. Basah juga sebahagian tubuh aku. Sejuknya terasa sampai ke tulang punggung. Tak sampai 4 minit, sekonyong-konyong kelihatan saga Mikro kaler pearl white di hadapan rumah aku. Dia pun pakai baju merah juga. Terus Mikro memecut nak pick-up Yaya di Cherok To'Kun.

Ujian keempat.
Tiba di Cherok To'Kun, ujian keempat pula menjelma. Sejurus Yaya masuk ke dalam kereta, dia bersuara, "Eh Atin mesej angpa dak? Dia habaq dia tak buleh ikut kita la...."

Alasan? Aku malas nak tulis. Hahaha. Baca kat SINI

Ku pandang Mikro. Mikro menjeling manja pandangan aku. Moral masa itu terus down menjunam. Tapi digagahkan juga diri ini menuju ke SP. Takpe, sekadar dua orang kansel, 'no problemo' bak kata Arnold Schwarzenegger dalam filem Terminator. Sampai di SP, terus kami menuju ke Taman Sri Wang, ke kediaman Jucy. Jalan ke situ amat mencabar, umpama gelanggang drift la boleh kata. Surprisingly, rumah beliau berkaler serba hijau!


Beliaulah yang aku maksudkan. Serba-serbi hijau. Termasuk tuan empunya badan.

Selesai di Taman Sri Wang, gerombolan kami bergerak pula menuju Alor Setar. Nak pick-up awek tudung bawal pula. Di sana, semua, terutama aku, dengan sabar sekali menanti ketibaan awek tudung bawal bersama ferrari silvernya. Lambat beno. Tapi biasa lah, benda-benda tudung bawal cenggini tak thrill la datang awal ye dak? Dalam kegelisahan menunggu itu, sempat lagi mereka mereka ber'camera bitching' di hadapan rumah lagenda Mak Ema.

Nampak kereta Initial D milik Mak Ema di belakang Mikro tu? Jangan main-main.

Dup dap... dup dap... "manew awek tewdong bawel niew?" Jiwaku memberontak manja. Setiap kereta yang lalu, aku ushar umpama along nak claim hutang. 

Lebih kurang sejam kemudian, tibalah awek tudung bawal yang aku maksudkan. Awal sungguh dia sampai kan? "Perghhh, solid... solid!!" bisik nuraniku dalam benak. Dalam hati berkumandang lagu tema drama Full House tanpa henti. Keh keh keh!

Dari kiri : Jusiza, ehem-ehem, Yaya

Selesai masalah di Alor Setar, Mikro memecut laju dengan speed 120km/j menuju ke Kuala Perlis. Waktu ketika itu lebih kurang 6.30 petang. Memang laju betei dia drive. Silap haribulan boleh masuk hospital aku. Bagi dia, moment bersama rakan-rakan KBU ketika berbuka amat priceless. Of course dia tak mahu berbuka sekadar di jalanraya. Apa barang kan?

Tak lama kendian, tibalah kami di Kuala Perlis. Iftar here we come!


Seikhlasnya aku dah letih menulis. Cerebellum aku dah terjejas dek mengadap sekerin ni lama sangat. Tapi demi awek tudung bawal, aku gagahkan juga menaip sebenarnya. Eh silap. Demi pembaca-pembaca blog ini sebenarnya. Di bawah ini ada aku titipkan beberapa keping gambar. 

Aku pasti 60% yang membaca entri ini dah tengok gambar gambar ni di entri blogger lain. But do I care?

Dekat nak pulang, baru la kaki nak besilang, tangan nak mendepang, lengan nak dicekak di pinggang, kan? Kat Perlis bukan main benar sopan. Mengada.

Sebelum pulang, sempat lagi kita orang menyanyikan lagu birthday buat Jusiza. Merah padam juga muka makcik tu bila dengar lagu Hepi Besday to You versi Rock n Roll dari aku. Maaf. Hanya lagu sahaja yang kami boleh sampaikan. Tak sempat nak buat surprise seperti yang dirancang. Dem.

Last but not the least, ini la awek tudung bawal. Hai!


Comel kan? kan? kan? FYI, beliau baru sahaja operate hidung beberapa minggu lepas.
 *Wajah ini terpaksa aku blurkan. Faham-faham sendiri la, hidung berdarah. I'm in teribble state that time. Gigil-gigil siot bersama beliau!

Inilah family aku. Hidup aku. Kami Blogger Utagha. Million of thanks buat semua yang join. Sangat fun bersundalan dengan kalian semua.

Versi Munet
Versi Mikro
Versi Cik GKSB
Versi Nora Amila 
Versi Adam Kiut
Versi Kakakecik Shida
Versi Awek Tudung Bawal   Photobucket

No comments: