COMPATRIOT AKU

Monday, August 08, 2011

Manchester United 3-2 Manchester City : Charity Shield 2011/2012

Tahniah buat Manchester United, juara Charity Shield edisi 2011/2012. Walaupun sekadar kemenangan Charity Shield, tapi cara kemenangan United ini membuktikan sesuatu kepada kelab sejiran mereka yang bercakap banyak, Manchester City bahawa wang tidak sekali-kali mampu membeli kejayaan. Wang juga tidak mampu membeli semangat untuk menjadi juara. Enuff said.


Bayangkan, dengan purata skuad yang beraksi menentang man city semalam hanya berusia 22 tahun, United mampu menguasai perlawanan mementang skuad Man City yang memiliki midfield, defender dan striker yang amat competitive, berfizikal besar dan juga rata-ratanya bergaji besar. Tapi ternyata skuad Man Shitty tak mampu mengatasi energy dan kreativiti kesebelasan United terutama di separuh masa kedua yang dikuasai Anderson dan Tom Cleverly. Ya, Tom fucking Cleverly!

Juga pujian untuk pemain baru seperti Ashley Young. Oh ternyata mamat botak ini mampu mengambil freekick dan corner dengan cemerlang, gemilang dan terbilang sekali. Sesuatu yang kurang pada skuad Man United sejak beberapa musim yang lepas.

Chris Smalling? Phil Jones? Oh kedua-dua pemain muda ini sangat impressive! Agak mengujakan apabila dua pemain pertahanan muda seperti ini mampu menggerakkan bola dan melakukan forward pass serta link-up play untuk rakan sepasukan like a breeze. seolah-olah sudah lama beraksi dengan first eleven Red Devils.

Apa-apa pun bersiap-siaga lah untuk musim baru. Wujud dan successnya Manchester United ini adalah kerana kekuatan mereka sendiri. So buat para haters, sebelum kau kutuk skuad Man United ni, kutuk dulu team sendiri yang tak mampu beri cabaran secukupnya nak jadi juara.

Ahhh seronotnya rasa. Bulan-bulan tanpa bolasepak akhirnya dah tiba ke penghujung. 
 

No comments: