COMPATRIOT AKU

Wednesday, October 05, 2011

Apple iPhone 4S - Preview


Sudah berlalu tarikh 4 oktober, tarikh yang sebelum ini amat dinanti nantikan oleh semua peminat gajet terutama dari kalangan Apple fanboy. Apple secara rasminya memperkenalkan... iPhone 4S. Ya, 4S... bukan iPhone 5. Hanya satu, bukan dua gajet yang bakal diperkenalkan seperti yang digembar gemburkan di beberapa laman web teknologi mahupun laman web sosial baik milik Mark Zuckerberg atau Burung Biru.


Walaupun kelihatan tidak memberangsangkan kerana memiliki design yang sama seperti iPhone 4, dan masih mengekalkan skrin 3.5 inci berbanding 4 inci seperti diura-urakan di khabar angin sebelumnya.... tetapi apa yang menjadi topik yang dibincangkan untuk iPhone generasi terbaru ini ialah SIRI. satu applikasi bantuan berasaskan suara yang diperkenalkan khas oleh Apple untuk iPhone 4S ini. Dengan SIRI, para pengguna boleh melakukan arahan ringkas untuk memudahkan kerja seperti mesej, reminder, bertanyakan soalan ringkas seperti ramalan cuaca, recommendations dan lain-lain lagi.

Dasat.


Selain itu, antara features terbaru yang diperkenalkan di iPhone 4S ini ialah iOS 5 yang merupakan upgrade untuk antaramuka yang digunakan iPhone. Chipset A5 seperti yang digunakan di iPad 2 juga digunakan untuk iPhone 4S ini yang berkuasa dual-core menggantikan chipset A4 yang terdahulu. Selain itu, kemampuan kamere juga dipertingkatkan, dengan kamera 5 megapixel terdahulu digantikan dengan 8 megapixel. Keupayaan rakaman video juga dinaikkan, dengan kamere kali ini mampu merakam video sehingga kualiti Full HD (1080p).

Terdapat 3 variasi saiz untuk pilihan pengguna iPhone kali ini. 16GB, 32GB dan yang terbaru, storan bersaiz 64GB. Juga terdapat dua warna, hitam dan putih seperti generasi sebelumnya. Bezanya, warna putih kini sudah mampu dimiliki sejak hari pertama ia dilancarkan.

* * * * *
Kesimpulan yang boleh aku lontarkan, UI/antaramuka iPhone ini masih lagi antaramuka yang terbaik dalam dunia smartphone kini. Cun, menarik dan penuh dengan efek animasi. Shame on you Symbian dan BlackBerry OS yang membosankan. 

Kesimpulan kedua, Apple semamangnya amat bijak merencana promosi ketika memperkenalkan produk mereka. Semua ternanti-nanti, sehinggakan satu dunia hampa apabila iPhone 5 tidak diperkenalkan. Eh, nak frust apasal? 

Kesimpulan ketiga, adakah Apple masih mengekalkan skrin Retina display dengan resolusi tinggi untuk iPhone ini? Jika jawapannya ya, memang terbaik. Salute untuk skrin telefon pintar paling sharp, tajam dan vibrant di pasaran dunia.

Ok la. itu sahaja preview ringkas untuk iPhone kali ini. Sempena musim PMR kali ini, boleh tak aku nak share hipotesis aku berkenaan ini? Lama sudah tak buat hipotesis.

SEMAKIN BANYAK SMARTPHONE CANGGIH DILANCARKAN, SEMAKIN KURASAKAN TIDAK MAMPU AKU MEMILIKINYA EVEN AKU TERINGIN SANGAT-SANGAT.

Lancar lah apa pun. Apa pun aku tak beli. Hanya mampu memandang saja.

Notes : Mengharapkan siapa-siapa yang baik hati jatuh dari langit dan menghadiahkan aku dengan telefon pintar sebegini.

Okmuahbai.

No comments: