COMPATRIOT AKU

Thursday, October 06, 2011

Kehilangan Seorang Lagenda


Entri ini kutujukan khas buat idola aku, Steve Jobs.

Orang yang bertanggungjawab menjadikan Apple Inc. sebagai sebuah syarikat konsumer elektronik terbesar di dunia. Menendang Windows dari takhta yang diduduki sekian lama. Dan segalanya bermula dari dalam garaj.

Orang yang membuktikan pada aku, yang angan-angan dan mimpi itu boleh dicapai dengan jayanya, walau apa pun orang lain kata. Walau datang dari keluarga yang tak berada. Walau pernah ditendang keluar dari kolej, dan dipandang hina.

Orang yang mampu menimbulkan rasa kagum orang lain dengan auranya, percakapannya, dan kesederhanaannya bila berkata-kata.

Dan dunia sudah kehilangan seorang warga yang hebat, penuh visi dan bukan sekadar dari biasa.

Bukanlah untuk mengagung-agungkan. Cukup sekadar menghargai seseorang yang telah memberi impak besar di dunia.

Kekaguman pada seseorang itu tidak sekadar terbatas hanya untuk sebangsa dan seagama sahaja kan?

Notes : iMac. Macbook Pro, Macbook Air, iPod, iPhone, iPad. Dan aku hanya mampu memiliki iPod 3rd generation saja.

No comments: