Membuka laman Facebook itu aktiviti utama.
Nur Lina Jamal, Nur Azlan Mat Isa, kazen, Shameera Aima, Zurina. Farah Syazwani.
Nama nama pemilik profile facebook yang aku selongkari.
Orang-orang yang selalu aku cuba curi perhatian. Mengharapkan komen-komen balasan.
"Respond la dengan teguran aku," kata aku.
Tapi hampeh. Waktu itu menghampakan. Semua sibuk benar nampaknya.
Tiba-tiba. Wall Facebook. Satu gambar.
Terpapar gambar seorang muslimah. Lawanya boleh tahan. Amat menarik perhatian walaupun berhijab.
Terbayang wajah di sebalik hijab itu.
Malah sempat terbayangkan gadis di gambar itu sebagai aku punya isteri.
Pasti indah!
*Droll seround*
Seraya jari bergerak laju menaip komen berkaitan gambar. Ekceli bukan gambar. Artikel di wall Facebook sebenarnya.
Santai tapi tajam.
Aku senyum lebar.
Buat sahabatku, Wani. Rakan persekolahan sejak dari kecil lagi.
"Tahniah. Kerana memahami. Lelaki, first impressionnya memang begini."
1 comment:
Haha. Lama tak buka blog sendiri dan lama tak blogwalking. Disebabkan mr hyde ada komen pada satu entry MO dan membawa MO ke entry ini. Hehehe.
Dan tak sangka ada nama orang-orang yang MO kenal kat atas tu. hehehe.
Terima Kasih kalau pernah anggap saya sahabat kamu. :-)
Post a Comment