Kalian kerap dilanda masaelah angin kus-kus dalam badan? Bagi aku tidaklah sekerap mana pun, tapi bila terjadi aje masaelah angin dalam badan ni, bagi aku seorang pekerja swasta a.k.a kuli yang berdedikasi ini sememangnya boleh naik hangin juge la dalam melaksanakan tugas-tugas seharian. Bayangkan segala aneka kerja yang ada (terutamanya yang membabitkan pergerakan kritikal) terbantut dek kerana kesukaran nak bergerak. Bergerak aje, berkerut-kerut dahi umpama meneran sesuatu. Agak cipit bukan? Well, di bawah aku kongsikan sedikit petua untuk mengurangkan masalah angin dalam badan:
Petua ini bersumberkan daripada kata-kata Saidina Ali Bin Abi Tholib karramallahuwajhah.
Saidina Ali berkata ;"Apabila anda hendak makan epal, hidulah baunya, kemudian barulah makan epal tersebut. Kerana, apabila anda melakukan demikian, setiap penyakit dan bahaya akan dihilangkan dari tubuh anda dan segala sesuatu yang disebabkan oleh ANGIN akan lenyap."
Epal berkhasiat membuang angin dalam badan.
Apa yang perlu anda buat:
1. Cium atau hidu bau epal.
2. Kemudian, makanlah epal tersebut.
Pastikan anda hidu atau cium dahulu bau epal sebelum makan. Itulah petua yang diajarkan oleh Saidina Ali karramallahu wajhah.
No comments:
Post a Comment