COMPATRIOT AKU

Monday, October 31, 2011

Hari Itu Ketika Kenduri Siti Sarah Rosle

Sabtu, adalah hari kerunsingan. Ya kerunsingan. Kemerapuan? Mungkin. Kebelakangan ini, sememangnya kurang rasa teruja dengan hari sabtu.

Hari sabtu lepas merupakan hari bahagia untuk Siti Sarah Rosle dan pasangan hidupnya. Siti Sarah ini bukanlah Siti Sarah aw aw aw, isteri kepada Shuib Sepah. Tapi Siti Sarah ini merupakan adik kepada sahabatku yang juga blogger berjaya, brader Miko Kokus. Mari sama-sama kita mendoakan kebahagiaan beliau bersama pasangan dunia akhirat!

Cakap banyak pula. Mari tengok gambar.


Sakan betul mereka ni ceduk-ceduk berkat pengantin.

Antara blogger dan teman-teman yang menghadirkan diri antaranya Juziza dan suami, Erin, Cycy, Laan, Daus, Naqiah, Adi, Damas, dan Aien.

Adik aku ni memang tak reti nak duduk diam diam. Terutama kalau dibawa ke mejelis kenduri yang melibatkan jumlah umat manusia yang ramai. "Jom la, jom la balik...." dengan muka limau sunquicknya dia merayu. Sesudah selesai makan dan sedikit aktivti chit-chat yang agak terhad, maka angkat punggunglah kami. Destinasi? Balik sebentar. Besiap ke Pacific.

Driver ini nyata hansamu dengan cara tersendiri.

Heh, nak jugak!

Tujuan utama ke sana ialah adik nak sambar HTC sebiji. Tapi nampaknya perancangan tak menjadi. Bajet tak tertampung maybe.

Oh bukan adik kecik ni yang hendakkan HTC. Adik aku yang seorang lagi. Melampaulah bila ada hati nak claim HTC sebijik meski result UPSR pun belum keluar lagi. Nak kena tampar dahi? Keh keh keh.

Usai HTC yang dicari tak jadi dimiliki, kami berpecah seketika. Adik lelaki cari Pen Parker untuk abah. Mama dan adik cuci mata di Nagoya. Heh, Nagoya kedai kain bukan Nagoya Japan. Aku? Melilau mencari boxer. Ya mata anda tak salah baca. Boxer. Ala seluar katak bak kata bahasa kasar malaysia. Harus dicari stok baru. Almaklumlah keselesaan family jewel wajiblah prioriti nombor satu. Kusambar sehelai. Sehelai dululah. Rata-rata pilihan yang ada agak mahal harganya.

Kendian, kami singgah sebentar ke toko buku Popular. Buang masa barang 15 hingga 20 minit menelaah buku yang ada. Sebenarnya dah lama tak buat aktiviti sihat lagi percuma macam ni.

Godek-godek novel genre remaja.

Bonda juga tak lepas peluang. Kitab-kitab hiasan dalaman menjadi pilihan.

Hasil persinggahan itu, kami membeli beberapa buah buku untuk dibawa balik.


Niat nak cari novel Awek Chuck Taylor dan Kitab Terfaktab di Popular. Tapi seperti yang diagak, sememangnya novel itu tak dijual. Maka kusambar buku panduan mengenai motokar. Apa pun boleh. Membaca jambatan ilmu!

Selesai. Sebelum pulang meredah hujan yang lebat, sempat kami menikmati sedikit waffle panas berinti variasi seperti coklat, mentega kacang, mentega dan jem blueberry dari Leomag bertemankan refreshment Coolblog. Memang cool lah sekali sekala meluangkan masa dengan famili macam ni.

[senyum]

 Aifa show-off dengan novel-novel barunya.

Itu saja untuk kali ini. Bai!

Notes : Kredit gambar untuk Mikro Kokus dan Aien Suduplastik.

No comments: