Hari ini berlangsungnya peristiwa penting untuk 3 makwe ini.
Tahniah buat muslimah ini. Dia panggil aku Oppa. Aku panggil dia Jyagi. Entah apa motifnya pun aku tak tahu. Segalanya spontan. Hari ni (10/10/11) beliau bergraduasi. Graduan IIUM. Bakal pakar psikologi di mana-mana Mental Asylum baik di Malaysia atau di luar negeri (baca: sarcasm). Gadis yang garangnya boleh tahan. Seorang sahabat yang banyak mengingatkan aku tentang Tuhan. Banyak menasihatiku tentang masalah keduniaan. Banyak menenangkan aku tentang masalah percintaan. Kadang-kadang menemani aku di kala aku bosan.
Hari ini juga hari baru untuk dua orang lagi kenalan aku. Baru dalam terma 'bidang kerjaya'.
Yang ini, seorang pemegang Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pendidikan Awal Kanak-kanak (Minor Pendidikan Khas) di Unibersiti Malaya. Hari ini, beliau memulakan kerjaya sebagai tutor/pensyarah kecil di sebuah institusi swasta di Shah Alam. Hebat bukan?
Seorang yang optimistik. Dan disebabkan itu beliau dikenali sebagai Muslimah Optimis. Sentiasa tersenyum. Sentiasa positif. Tidak takut kamera (ini beliau yang kata. Hihihi). Pernah berlaku sedikit salah faham antara kami tetapi pantas diselesaikan di antara dua kepala. Sangat gila otaknya. Oh memang real gila. Tak padan dengan rupa. Salah seorang muslimah yang aku suka argue. Sebab beliau gemar membangkang apa saja pendapat aku. (smiley)
Yang terakhir sekali, gadis ini. Nama famous Lina. Nama pena Ayiena Nur. Nama manja n L J. Sweet bukan makwe ni punya nama? Seorang lulusan ijazah dari Universiti Sains Malaysia dalam jurusan apa pun aku dah lupa. Mungkin berkaitan dengan lapangan perbankan, akaun mahupun bisnes. Hari ini hari yang bersejarah bagi beliau, kerana beliau secara rasminya menamatkan tugasan beliau sebagai penanam anggur, dan menerima tawaran kerjaya di Kolompo. Hari ini dah pun start kerja.
Makwe yang sangat strong dalam arena messaging. 3 hari beliau mampu lawan engkau punya mesej. Power betei. Berangkai-rangkai tahu? Tak mudah nak ketemu makwe se'strong' sebegini. Sporting. Gila akan warna ungu. Suka tersenyum. Suka loyar buruk dengan aku (baca: macam aku la). Perkataan signature beliau adalah "ahaa" dan "uhuuu".
Tiga orang gadis yang sangat baik hati, sangat cool like heaven dan seikhlasnya tiga orang yang banyak membantu aku sedikit sebanyak dalam masalah yang aku hadapi kebelakangan ini. Dan kebetulan pula, hari ini hari penting bagi mereka.
Buat gadis-gadis "hari ini dalam sejarah"... Jyagi, Muslimah Optimis aka KA dan Lina... Semoga persahabatan kita berkekalan. Abadi. Amin.
Semoga kelulusan dan kerjaya yang Allah beri ini, bakal menjadi batu loncatan untuk perkara-perkara besar (big things) yang tak mampu kita ramalkan pada masa akan datang.
No comments:
Post a Comment