COMPATRIOT AKU

Friday, December 28, 2012

Motivasi


Mesej yang diterima awal pagi semalam. 

Buat aku tersenyum. Kerana apa? Kerana dia. Yang jauh. Ya, dia tak pernah lupa.

Walau kita berbeza agama dan kepercayaan. itu semua kau tak pernah kisahkan. Yang kau nampak di hujung pemikiranmu, hanya persahabatan. Meski jauh dan jarang sekali dapat bersua muka, perihal diri aku kau tak pernah sesekali lupa.

Saat kau minta izin aku supaya sama sama membantu untuk menaikkan motivasi bila keadaan sukar nanti, buat aku jadi terharu. Bukan apa. Siapalah aku bagi kau. Kau jauh lebih superior berbanding aku. Aku ini entah siapa-siapa. Hanya warga bumi picisan yang menyimpan partikel-partikel impian yang sudah lama membeku dalam kotak hati ─ yang kini sudah dicairkan dengan api-api motivasi. Walau begitu kau tetap ketepikan segala perkara perkara enteng yang tidak penting itu. Demi sama sama mencapai impian yang dipendam dan diusahakan.

Kita berkongsi jalan impian yang seakan sama. Jalan impian yang kelihatan hampir mustahil dicapai. Yang tidak sampai suku kita kerjakan. Yang berliku-liku dan meletihkan. Hingga kadang kadang buat aku rasa letih tak berdaya dan terfikir, "ah, sudahlah setakat ini sahaja. Appreciate saja apa yang aku dah ada, dan lupakan saja semua usaha yang tak akan kemana".

Kerapkali aku bermonolog sebegitu. Dan syukurlah, kau selalu ada. Membangkang dan menyalakan kembali api semangatku.

Beruntung aku rasa, dikurnia kenalan sebegini. Sesungguhnya.

Terima kasih, kawan.



Tuesday, December 11, 2012

Makan Free

7:53 pm.

Mengantuk. Usai solat maghrib, aku bermalas-malasan melayan perasaan di atas tilam empuk kegemaran. Sedang aku enak berbaring di atas katil sambil cuba menyelak helaian novel Kolonial Mimpi, tanpa semena-mena telefon genggamku berbunyi.

[berbunyi nada dering lagu tema tetris]

Terpapar di skrin : Yanie

Aku: Samekom. Ya yanie awat apa cerita call ni?
Dia: Waalaikumussalam. Dak la. Kami dok keluaq dengan ayie ni. Nak bawak dia keluaq makan. Tiba-tiba teringat janji dengan angpa pasal belanja haritu. Angpa ada kat mana ni?
Aku: Kat rumah la. Rilek rilek ja pun.
Dia: Haaa kalau lagu tu jom la. Mai la kat KFC Sungai Dua ni. Cepat sikit.

Bagai satu arahan bagiku, aku bangun, semangat. Wajah aku cuci sambil merenung cermin. Untung kepalaku dah sedia gondol, tak perlu lagi nak bajet-bajet rambut dengan gel waktu waktu sebegini. Sarung jersi "evonik" Borussia Dortmund dan seluar jeans skinny Edwin rona biru langit cerah ke tubuh.  Kepitkan CD audio BigBang di celahan ketiak, ambil kunci kereta dan sarung selipar jepun hitam tanpa jenama sebagai pelapik kaki. Hidupkan kereta dan meluncur laju dalam pekat malam kampung menuju kedai makanan segera popular semalaya. Sambil bersiul riang lagu pop korea.

8:16 pm.

Malam itu, entah tak semena mena aku dapat makan dan kenyang percuma. Melebar senyum sampai ke telinga. Yelah, siapa tak gembira di-treat makanan percuma? Alhamdulillah. Dah rezeki orang kata.

Mata kemain sepet. Kalah amoi iklan MyEG. Dah nak jadi milik orang dah pun. Tak lama lagi.

Syukur kerana Tuhan pertemukan dengan golongan sahabat seperti dia. Tak sombong, bakhil jauh sekali. Cakapnya, sekarang ni, bolehlah nak ajak jumpa, lepak dan belanja. Lepas ni kalau dah jadi milik orang, entah nak jumpa pun susah rasanya. Lumrah perempuan sudah bersuami, kan?

Persahabatan renggang dengan kawan-kawan disebabkan makwe, pakwe dan perkahwinan? Ah, sentuh pasal bab itu yang aku tak berapa gemar.



Saturday, December 08, 2012

Novel



Stok untuk waktu ini. Segalanya adalah dari ihsan Niya Adriane. Terima kasih untuk awak, Niya.

Sekarang ni perlahan lahan aku hadam Kolonial Mimpi. Dah terasa sayang pula nak habiskan. Entah kenapa. Mungkin sebab ini buku pinjam bukan buku aku. Mungkin sebab buku-buku ini hasil nukilan penulis kegemaran aku. Dan mungkin juga sebab kaver bukunya cantik molek. Ah, apa-apalah.

Akan aku digest-kan sajian-sajian hiburan dalam bentuk askara ini secara istiqamah.



Sunday, December 02, 2012

The First Step To Everything


From back, left: forgot his name (planning to work in UK), Stanley (applying the Australian PR), Xiao Tian (applying the Australian PR), unimportant, Marcus (plan to further study in Australia), Leong Yin Pei - my best buddy in the class (a nurse planning to work in UK), Warren Tho (an accounting student in Melbourne, applying Australian PR), Belinda Choi (financial advisor, planning to work in Australia) and Mr Leong (planning to work in Australia).

Front, from left: Steven Muru (audit advisor, planning to work in Australia), forgot his name (A-level student, plan to further study in UK). Mr. Keith (our guru). Denis (PHD student from Russia, planning to study in Malaysia), Pazlida (a doctor in a hospital at Alor Setar, planning to work in UK) and Anna (Russian student, planning to enroll herself in a PHD program in Oil & Gas Engineering in Malaysia, maybe at Universiti Teknologi Petronas).

Now the exam had finished, I will miss them much. The happiness in class, the joke, the laugh, the inspiration.

Everybody have they own plan for the sake of their future. And they worked hard for it. I hope everybody get what they want and fight for it until the end. May God bless us, eventhough we are differ on culture or religion.

Hopefully we'll stay in touch and meet again, someday. I miss u all!



Saturday, November 17, 2012

Kenduri

Kini adalah antara tempat kunjungan kegemaran gua.

Bolehlah dianggap seperti "mini hari raya". Sebabnya? Meriah dengan si cantik - si cantik manis yang ranggi dengan pelbagai gaya dan busana.

Saat gua terpandang, memang berpeluh-peluh ketiak gua rasa. Yang ber-shawl, yang ber-skirt panjang, yang bertudung bawal dan berbaju kurung moden. Dan yang paling memberangsangkan, yang ber-kebaya ditambah dengan wedges pelbagai gaya.

Betullah. Perempuan adalah golongan yang Tuhan jadikan cukup indah. Hati bergetar memandangkan si comel makan dan ketawa.

Terapi semulajadi orang kata.

Dan di hari sabtu lepas, sekali lagi fokus gua untuk makan nasik hujan panas di kenduri seorang kenalan agak terganggu.

Milik siapakah, gerangan makwe berbaju kurung rona ungu? Kemain comel gua perhatikan sambil tersipu-sipu.


Forgive me. I think I'm slowly turning into a pervert. Photobucket

Nak makwe!




Tuesday, November 06, 2012

Mimpi

Semenjak dah putus ni, memang gua tak nafi, gua asyik mimpi je budak tu.

Basah atau tidak bukanlah persoalannya.

Dan malam sabtu lepas, elok-elok je Santi Cazorla skor minit akhir ketika Arsenal di perjalanan menuju kekalahan menentang Manchester United, tiba-tiba handset gua berbunyi.

Gua tengok skrin handset. Tak sempat gua nak pikir pikir, secara spontan gua ter-tekan butang angkat. Celaka punya ibu jari.

Kedengaran satu suara lembut di hujung talian. Dah lama gua tak dengar suara tu. In fact, gua pun dah lupa bunyi suara dia macam mana.

Kami bercakap bukanlah sekejap. agak lama juga. Rindu, katanya. Tak boleh lupa, katanya. Ingin tahu khabar, katanya.

Gua pun bercakap dalam redha-tak redha. Bukan menyombong, bukan membenci. Gua cuma nak move on. Dan hati masih pedih terpikirkan perihal dulu. Siapa cakap gua tak rindu? Siapa cakap gua tak mahu ketemu lagi?

Dia tanya soalan pun, spesis bukan mahu menjaga hati gua punya soalan. "Kerja macam mana?" "Tak keluar dengan kawan-kawan ke malam ni?" Dan yang paling berbisa, "Dah ada pengganti?".

Jilaka.

Tapi entah kenapa dia berjaya tahan gua dari letak fon ni terus. Dah tahu hot-button gua yakni titik kelemahan gua gamaknya.

Jilaka.

Rindu la woiiiiii! Photobucket


Gua termimpikan makwe ini semalam. Dan tiba-tiba boleh pulak terjaga awal - pukul 3:30 pagi. Terus gua buka cerita Edward Scissorhands sambil kunyah kacang Koh-Kae. Sampailah ke subuh.

Dari sudut psikologi, jika kita kerap teringatkan seseorang, berkemungkinan besar 'seseorang' itu pun kerap teringatkan kita.

Makanya, ex-girlfriend gua dan Wynona Ryder pun kerap teringatkan gua lah. Gitu?



Sunday, October 28, 2012

Hari Ini, Seminggu Yang Lalu Adalah Hari Lahirnya


"Never mind, I'll find someone like you."
"I wish nothing but the best for you, too."



Thursday, October 25, 2012

Sate dan Rabak

Mata gua tertancap pada seorang makwe.

Pegang handset.

Main tuitter.

Main Whatsapp.

Buka laman mukabuku versi android.

Senyum sorang-sorang.

Ambil secucuk sate.

Buangkan kulit dan lemak.

Masukkan dalam mulut perlahan.

Cakap itu ini.

Komplen sana sini.

Senyum kambing.

Kembali belek handset.


Gua perati je sambil menguntum senyum tawar.











Tapi, sedikit pun gua tak kisah.

Dia memang sporting.

Sombong? Jauh sekali.

Selalu hulur kata-kata semangat.

Mengukir senyum pun tak pernah penat.

Terima kasih sebab temankan kita yang tengah rabak teruk.

Awak memang buktikan yang awak betul-betul tatang gelaran BFF tu.

Tahniah.

Dan hati lega. Request nak makan sate dikotai juga semalam.

Dan sepinggan nasi ayam kongsi dua orang.

Entah berapa lama sudah tak mencecap isi ayam dengan kuah kacang.

Seorang sepuluh cucuk.

Nasib baik ada gerai sate yang belum tutup hampir pukul 11 malam.


Muka bulat katanya. Bulat-bulat pun, habis licin pinggan. Tudia!



Sunday, October 21, 2012

Friendship Knows No Boundries

Iyelah, bak kata orang putih.

Seronok betul dapat jadi pemandu pelancong makwe-makwe tengah dan selatan ni. EJ, dengan keletah becoknya. Dan Odd, dengan perilaku cool-nya.

Sebelum ni, memang tidak pernah berjumpa. Berkomunikasi pun hanya di alam maya. Dengan Odd di twitter.

Lepak umpama dah kenal lama. Sedikit pun tak rasa kekok. Segalanya bersahaja.

Waktu makan kenduri- sempat berkongsi sedikit sebanyak pendapat dan cerita. Makan di Johnny's pun penuh dengan gurau ketawa.

Sedikit sebanyak jadi terapi semulajadi untuk aku yang tengah berduka.

Paling menyentuh, ucapan terima kasih dan lambaian selamat tinggal dari atas tren keretapi sejurus sebelum bertolak ke selatan malaysia. Sedih nak tinggalkan utara, katanya.

Tak apa. Datang sini lain kali, roger me ya?


Gambar kenangan dengan background surau. Hang ada?


Notes: Dedikasi khas untuk Erin Azizan.. Terima kasih kerana menjadi fulkrum koneksyen kami.



Saturday, October 13, 2012

Kecil Mata

Hanya mampu memerhatikan di setiap perubahan sikapnya.

Yang dahulunya bernama sahabat.

Yang kininya sedang menggamit bahagia bersama kesayangannya.

Sehingga melupai paksi-paksi tempat dia menghela nafasnya dahulu.

Hingga kadang-kadang aku terfikir

Kenapa manusia berubah?



Tuesday, October 09, 2012

Monday, September 17, 2012

Alexander Buttner

First debut for Manchester United.

First goal. A solo effort with a magnificent finish.

Great performance.

Welcome to Old Trafford, Buttman.


Photobucket

Monday, September 10, 2012

A Few Years Had Passed By ...

Dan sempena hari istimewanya pada hari ini, aku buka hati dan beranikan diri.

Buat kali pertama dalam 3 tahun.


- pastikan gambar di atas di-klik -

Asal niat yang dipasang itu baik, tidak salah mengucapkan sesuatu yang baik dan bermakna untuk seseorang yang pernah menghiasi hari-hari kita dahulu, kan?

Tunggu dan lihat saja.



Wednesday, September 05, 2012

Random Video # 10 (Monster)



Kegemaran aku sejak dua tiga minggu kebelakangan ini.

Sebenarnya ketika first time aku dengar lagu ni sehari sebelum raya di bengkel motor Ah Hoi di pekan Tasek Gelugor, aku bukanlah tergolong dalam golongan peminat K-Pop, apatah lagi meminati kumpulan Big Bang. Musik alternatif yang aku gemar selain dari lagu-lagu mainstream dari Amareka dan UK adalah dari negara matahari terbit dengan J-Rock dan J-Pop menjadi pilihan utama. Kalau aku sebut L`arc-en-Ciel, Morning Musume, AKB48 mahupun One Ok Rock mungkin ada yang korang tahu.

Aku dengar lagu ni buat kali pertama ketika aku selesai berborok dengan Ah Siang pasal auto chain tensioner yang aku nak pasang di motor. Sekali tiba-tiba lagu ni dimainkan di radio channel chinese mana entah bengkel mamat cina ni pasang.

Seround aku dengar chorus macam biasa, seken round chorus aku nyanyi sikit-sikit dan chorus-chorus akhir entah mana ajaibnya aku boleh sing-along sekali.

Habis je lagu, aku keluarkan handset nokia aku dan salin apa segala bunyi dan lirik yang patut untuk aku google bila balik rumah karang.

Dan bila balik rumah, google dan download segala, nah, aku dah mula jatuh hati bukan saja dengan lagu Monster ini, bahkan dengan kumpulan Big Bang dan segala macam MV (music video) dan variety show mereka pun aku download sekali masuk hard disk.

Aku kongsikan lagu Big Bang - Monster di sini dengan harapan ada yang jatuh hati bila kali pertama mendengarnya dan sudah tentu boleh jadi rakan bersembang aku di kala kebosanan. Dan yang dah already minat tu jangan la malu-malu pulak nak sembang pasal K-Pop (Big Bang sahaja) dengan aku yang inesen ni.

Dan aku harap takde siapa benci aku lepas aku minat K-pop ni.

Notes : Al-kisahnya, sebelum ni aku dah tahu sikit sikit pasal Big Bang sebab si makwe tinggi dah pernah gigih memurtadkan aku yang dah sedia meminati J-Rock ni agar cenderung meminati grup Big Bang. Tapi aku buat-buat sombong dan tegas. In the end aku terminat juga secara semulajadi.



Tuesday, August 14, 2012

Hari Itu Ketika Meneman Atin Berbelanja Sakan

Hari itu. Burung telah lama pulang ke sarang. Langit cerah. Seperti dijanjikan. Usai solat zohor, aku sarungkan kemeja rona hitam Edwin dan pakaian lainnya, hidupkan enjin kereta lalu meluncur di jalanan dalam kepanasan bahang matahari, steady menuju Matang Pauh.

Tut tut... Tut tut... Tut tut...

"Hello... Hello? Atin dah siap?" soalku sesampai di pinggir jalan berhampiran Sekolah Kebangsaan Permatang To' Kandu. Sambil tanganku memutar tombol kelajuan penghawa dingin kereta ke kelajuan yang lebih kuat. Agak panas cuaca sekarang ini. Dah berminggu-minggu tak hujan.

"Hello? dah sampai eh? Sat naaa..." ujar Atin di hujung talian. 'Kelecaq'. Bunyi ganggang diletak pantas. Bersiap mungkin. Eh, apa lagi kalau bukan bersiap? Takkan lah makan, ini kan bulan puasa?

Dua tiga minit kemudian, kupandang cermin pandang sisi kereta. Berbalam balam muncul satu bentuk tubuh yang agak tinggi dalam cermin pandang sisi kereta. Aku tersenyum. Pintu dibuka. Dia masuk. Duduk.

Terdiam dalam beberapa ketika.

Aku senyum lagi. Dia berskirt panjang. Baju? Tak tahu nak gambarkan kerana aku jahil nak menerangkan. Baju jaring ikan dengan inner? Entahlah. Kalau aku gambarkan lebih lebih, karang terfaktab otak korang dengan gambaran dari perspektif aku yang selalunya bukan bukan. Tapi yang penting, dia bertudung bawal. Ini winner!

Babak seterusnya berlangsung hanya dipenuhi dengan borak-borak kosong di pertengahan perjalanan mengenai keluarga masing-masing.

Sesampainya ke destinasi, perkara pertama yang ingin dilunasi adalah mencari smartphone pilihan hati. Bukan aku yang nak mencari, tapi cik Atin ni yang menghendaki. Maka aku (yang digelarnya 'advisor sepanjang hari') dengan penuh konsentrasi mencarikan smartphone yang sesuai. Diperkenalkan dengan HTC One X, tetapi dia kurang bersetuju dengan kemampuan HTC menurut reviu yang terlebih dulu beliau baca sebelum ini. Maka tinggal 3 pilihan akhir: samada Samsung Galaxy Note, Galaxy SIII atau Samsung/Google Galaxy Nexus. Dan setelah puas menggodek, meneliti dan seliter air liur salesperson yang memujuk tu habis memercik menghujahi yang mana baik dan yang mana buruk, akhirnya Samsung Galaxy Nexus jadi pilihan.


Sementara menunggu fon yang dibeli siap di-install aplikasi, kami berjalan ke Kiosk Celcom, mencari nombor celcom baru kononnya. Nombor Celcom untuk remaja bawah 25 tahun jadi sasaran (dan semestinya bukan untuk aku). Nak beli nombor baru pun satu hal. Hinggakan tersenyum adik si pekerja kiosk tersebut melihatkan. Memilih nombor pun kecoh!

Selesai bab celcom, terus menuju ke kedai menjual selipar berjenama. Flipper namanya. Dan macam hal tadi, isu gabungan warna jadi permasalahan.

"Abang Naim, kaler yang mana cantik?"

"Black-green pun cantik jugak".

"Tapi kaki Atin gelap... so tak berapa ngam dengan warna ni. Dah la nak masuk hutan".

"Ok."

"Black-pink ok tak?"

"Boleh la. Not bad juga rasanya"

Dia kelihatan berpuas hati. Sedang jurujual meletakkan selipar pilihannya di atas kaunter bayaran, aku menjuihkan bibirku ke arah sepasang selipar bewarna hitam-merah. Dia memerhatikan dengan penuh minat. Lantas dijeritnya, "Kejap kak, nak ambik kaler ini lah. Black-red ni". Sambil tangan menghempas selipar pilihan ke lantai dengan somberono sambil ulang-cuba-pakai beberapa kali.

Aku tersenyum biawak.


Asal nampak kamera, automatik tersengih. Selipar jepun hitam-merah!

Ladies and gentlemen, this girl, is fun to hang out with.

She's clumsy. She love Big bang. She love them so much, she scream when she found a t-shirt with a 'Big Bang Concert 2012' written on it. And she bought it for herself. And a tee for me. Yes, a tee for me.

Dan dengan dia lah, buat pertama kalinya dalam sejarah hidup aku, aku dipaksa berlakon pura-pura tak kenal sambil makan ais krim bila dia kantoi dengan member sendiri. Dan kemudiannya berlari-lari anak ke tempat persembunyian untuk bersembunyi. Dan menghendap hendap tanpa mengendahkan pandangan pelik orang lain. Kelakar bukan?

Ini tak cerita hal di kedai kasut Vern lagi. Di Guardian Pharmacy lagi. Dan di dalam Parkson lagi. Oh lupa, juga di tapak ekspo, ketika sesi 'baju-melayu-hunt' lagi.

Lain kalilah aku cerita. Itupun kalau ada mood lah.

Thanks for making my day.



Saturday, August 11, 2012

Buntu.

Sudah buntu nak nak fikir apa.
Dan sudah habis ayat nak berkata apa-apa.

Benda yang belaku pada 2010, kini berulang lagi pada 2012.

Takde mood langsung nak buat sesuatu. Tapi kena buat juga. Kalau takde langsung mood pun, makan itu kena buat juga kalau lapar, tahi tu kena buang juga jika perut meragam. Dan solat tu kena dirikan juga walau sesedih manapun, kan?

Ok dah zohor. Solat dulu dan cari baju raya kemudian. Sorang-sorang. Macam biasalah.

See ya.

Notes : I miss her.



Sunday, July 01, 2012

#monolog hati rabak

rasa agak terkilan di hati,
dan sedikit perasaan tidak dihargai.

travel jauh-jauh, dapat kelahi.
hujan dan panas, ku senyum gagahi.
disuruh menunggu, ku sabar menanti.
kupaut tangan, ditolak tepi.

idea penambahbaikan dibawa ketengah,
namun, semuanya ditolak mentah-mentah.
nafas panjang dilepas supaya tidak melatah.
menjaga hubungan agar tak parah.

dibibir terukir senyum terpaksa,
hati positif, kerna kasih akan dia.

sukarnya setia seorang lelaki.
kerapkali diuji, acapkali dibaji.
ini yang berlaku didepan.
dibelakang?
wallahualam, hanya Tuhan yang ketahui.

biarlah segunung harus kukorbankan.
demi dia dan masa depan.

tak apa. aku ikhlas mencintai.
dan aku takkan pernah menyesal menjadi setia sebegini.

bagi setiap perih dan jerih yang aku harungi,
kudoakan,
dikurniakan penghujung yang manis, ganjaran Ilahi.

biar masa yang menentukan,
jodoh dan ketentuan di tangan Tuhan.
kita hambaNya, harung saja segala di hadapan.

p/s : ini sekadar luahan hati.
p/s² : buat rakan-rakan yang risau akan aku, mohon bertenang. aku ok. dan semuanya baik-baik saja.



Thursday, June 07, 2012

Spontaneous Thursday #9

Perlahan-demi-perlahan. Beliau berubah sikap.

Pasti ada sebabnya.

Hanya mampu berserah kepada Allah.



Sunday, June 03, 2012

Kosong

pabila facebook sudah kurasakan hambar.
pabila sahabat-sahabat kesayangan kini kesibukan dengan tugas hidup masing-masing.
pabila soulmate berjarak jauh dari kedudukan aku sekarang.
pabila persahabatan yang dibina diputuskan oleh rakan yang tersalah faham.
pabila hidup terasa amat kosong walau sekadar menghirup air kopi panas di waktu petang ditemani lagu-lagu retro berdendang.
pabila kerja yang patut aku cintai, kini berubah kepada kerja yang aku paling benci.
pabila diri ini terasa hina dengan kutukan dan cakap-cakap orang lain.
pabila diri ini dihimpit tekanan hidup dek kerana kemahuan orang dan adat tipikal masyarakat melayu.
dan pabila tiada makhluk mahupun supersapiens sekalipun yang memahami situasiku ini.

aku tahu,
aku hanya ada Dia.
Maha Esa, di atas sana.
yang senantiasa mendengar doa.
dan esakan lemah hamba-hambanya.


dunia, tolonglah faham.



Wednesday, May 16, 2012

Doa, Tak Perlu Kata Apa-Apa


[klik untuk view yang lebih ohsem]


Saia sebenarnya dah tak sanggup lagi diduga Tuhan.

Mohon doa-doakan lah kami ya. Terima kasih. Photobucket


Friday, May 11, 2012

Kenangan Zaman Muda-Muda #4

Bukan Naruto, Bukan One Piece, Bukan Bleach, Bukan Hitman! Reborn, juga bukan siri Doraemon.

Tapi siri komik ini yang aku layani di waktu senggang sekarang.


Aku pasti, rakan-rakan se-generasi denganku pasti tahu akan siri komik lejen ini.

Tak tahu? Rugilah generasi-generasi yang terkemudian, kan?  Photobucket




Tuesday, April 17, 2012

Pesan Hati

Tahniah Asyraful Naim.

Sekali lagi kau humbankan diri kau ke lembah separa-loser.

Hah. Menangislah semahumu sekuat-kuatnya. Tangis sedih dalam hati konon. Apa salahnya kau alirkan saja air matamu itu. Tak kasihankah pada hati?

Ini sesi kali ke-berapa? Kali ke-berapa kau tanggung situasi sama macam ini?

Kau dah usaha sebaik mungkin bukan?

Kau dengar apa saja cakap-cakapnya.

Patuh segala arahan dan kemahuannya bak perintah sang permaisuri.

Dia marah? kau dengar leterannya sambil mulut senget memohon maaf.

Dia bosan? Dengan penuh ikhlas kau telefon, mesej bagai nak rak. Tujuannya bagus,  menemani dan menunjukkan rasa kasihmu padanya. Tapi berbaloikah wahai manusia?

Tapi bila kau sedih, ada pihak-pihak ini memahami kau? Jawab, jawab?

Dan di akhirnya, kau umpama digantung-gantung, tanpa mengetahui arah mana kau harus pergi.

Padan muka. Pfftttttt.

Benar juga kata Naqiah Othman, sahabatmu. Benda yang kita kehendakkan, selalunya kita takkan dapat. Maka bersedialah sentiasa dengan ridho' dalam hati itu.

Kau usaha sedaya mana pun, kalau pihak di sebelah sana tak nampak waima butakan pandangannya, hasilnya pasti takkan memihak pada kau. Maaflah, jangan harap!

Sudahlah. Sabar banyak banyak. Apapun, aku sebagai hatimu, sedikit bangga dengan dirimu. Kau kental sebenarnya. Hati kau direnyuk-renyuk, perasaanmu disiat-siat dengan 'mereka mereka'. Kau masih boleh memalsu senyum. Hebat. Cuma keras lagi dengan kaum hawa ini, boleh?

Mereka memang kaum yang lemah dan perlukan kita sang adam, tetapi situasi diri kau itu priorty. Faham apa itu priority?

Biarlah. Mereka-mereka itu tidak faham. 

Bertabahlah. Ingat, jodoh Tuhan itu misteri.

Aku, sebagai hatimu, senantiasa alert dan tahu, kau memang KUAT, KUAT, KUAT!!



Friday, April 13, 2012

The Ultimate Blame

I blame facebook.
Because of you, we started to befriends and getting to know each other.

I blame twitter.
Because of you, I'm started to read her tweet everytime, everyday and having a part-time job as a stalker.

I blame that fat ass.
Because of your stinky tweet, I felt uncomfortable with her.

Fucking busybody at the highest order eh?

I blame YOU.
Because of you, I fell in love and suddenly I cant control my emotions.

I blame myself,
because of my anger, I'm easily gettin' mad. Then I broke my friendship, and my ultimate principle in my life, DON'T EVER HURT A GIRL'S FEELINGS.

Its hard to get back what I had lost earlier, after this.
I hate my pathetic self.

Dear Wind, just take me far away with you. Please?



Saturday, March 31, 2012

Kenyataan Tentang Diri

Buka-buka,
Belek-belek,
Baca-baca,
Godek-godek,
Entri-entri nukilan hati
Kebelakangan ini.

Tiba-tiba aku tersadar.
Makin hari, aku sudah tidak seperti dahulu,

Mana entri-entri berkaitan gadget?
Mana karya-karya kispen yang aku mahu kembangkan?
Mana penulisan tegarku mengenai Manchester United?
Mana entri dengan teknik penceritaan dramatik yang selalu aku banggakan?

Dan persoalan yang betul-betul memukul;
Sudah jadi manusia negatifkah aku?

*sugul*


Wednesday, March 28, 2012

Letih.

Letih.
Dengan rakan-rakan sekeliling.
Dengan tugas.
Dengan tanggungjawab.
Dengan usaha seikhlas aku untuk dia.

Letih.

Aku harap aku boleh bertahan sehingga aku dapat apa yang aku kehendakkan. Ya, aku harap.

Itu saja yang aku nak ucap.

Bai.

Sunday, March 25, 2012

Rindu

Dia tak tahu aku rindukan dia.
Dia tak tahu aku sering terkenangkan dia.
Dia tak tahu, kadang kadang bila aku makan nasi, aku nampak dia dalam pinggan.
Kadang kadang bila aku jirus secebok air mutlak ke badan, wajahnya tiba-tiba muncul dalam minda.
Dia tak tahu, aku masih mimpikan dia dalam lena aku.
Dia tak tahu, bila aku bangun tidur, "oh mann" "oh shite" dan bermacam macam oh lagi adalah keluhan biasa yang akan terluah bila terkenangkan dia.

Manalah dia tahu. Kan?

Ya. Ia berulang-ulang. Sejak dulu.

Kini, dah genap 2 tahun. Hari ini, sepatutnya anniversary kami berdua.

May Allah bless her with a non-stop happiness.

And i hope, at least, she remember me and think about what she had done to me. Even for a bit.


Friday, March 23, 2012

Luahan Terakhir Untuk Si 'Dia'


Hari ini,

dengar ceritanya,

sudah tamat tugasnya di sini.

Dan mulai minggu depan,

dia, yang pada mulanya kugelar 'awek scoot' (kerana tidak tahu nama) sudah tiada lagi.

Selepas ini, tiada lagi figura nya ketawa, tersenyum gembira, tepuk-tamparnya dengan rakan-rakan dan sebagainya. 

Tiada lagi curi-curi pandang ke bilik sebelah, tiada lagi curi-curi jengah ketika dalam barisan di kafeteria. Tiada lagi semangat di tika terjaga dari lena di awalan pagi pabila teringatkan dia semenjak tercelikkan mata.

Walau aku kurang mengenali si dia, tidak pernah menegurnya, dan hanya melakukan eye-contact sahaja dengannya, berada di sisi ruang hidupku dalam tempoh beberapa bulan ini sudah cukup buat aku rasa bahagia.

Apakan daya, Tuhan itu Maha Berkuasa. DIA lah yang menetapkan takdir dan karma.

Selamat tinggal, makhluk Tuhan paling comel.

Nota: Perpisahan itu pembunuh rasa.

Nota II: Entah kenapa sejak kebelakangan ini, aku rasakan seolahnya, Tuhan menarik rakan-rakan yang aku sayangi jauh dari aku. Yang sudah tamat belajar, yang berpindah jauh ke tempat lain dan sebagainya. Apa boleh buat... dugaan dari Tuhan, haruslah redha.



Sunday, March 18, 2012

Petang Yang Demotivated...

...terus bermotivasi dengan konversasi pendek bersama rakan yang sudah diijiabkabul ini.


Terima kasih Wani dan Nrhy Cahaya :')



Friday, March 16, 2012

Keluhan Hari Jumaat

Kelmarin adalah hari pertama tanpa rakan-rakan dari EOTM. Semuanya dah terjun ke alam praktikal, dan menanti peluang pekerjaan yang terhidang di luar sana.

I feel bored already. Jenguk ke kelas sebelah; kelas yang selalu aku singgahi. Nak borak-borak kosong dengan Afiq Kamaruddin. Kacau Dayah Ahmad. Usik Punitha Gunasekaran. Sembang perkara tak berfaedah dengan Dell Le Leana. Tapi situasi bilik itu gelap. Sunyi. Kosong. Ya, realitinya diorang dah takde pun kat situ. Aku? Masih macam orang yang kabur akal. Masih tak dapat terima perpisahan ini.

Kawan, I miss you all mehhh!

Tertulis di bahagian atas whiteboard di kelas MM, di hari pertama tanpa memember dari kelas EOTM yang menjadi kembar kepada kelas MM selama ini. Semuanya suram. Monyok. Perhimpunan pagi kelmarin, yang mana aku sebagai MCnya, dah macam mejelis berkabung, tahu?


Harap kesunyian ini tak berpanjangan. Aku benci perpisahan.

Photobucket



Thursday, March 08, 2012

Spontaneous Thursday #8

Solat lima waktu cukup terpelihara. Human relation dengan insan lain terjaga. Jangan pula dicemari ia dengan perasaan mabuk cinta dan maksiat yang kotor dan busuk lagi hina.

Manusia. Cepat betul mereka berubah demi cinta.

Plastik.



Tuesday, March 06, 2012

Monolog Pagi



Bangun pagi.
Jenguk ke luar tingkap.
Takde pantai.
Takde pasir yang memutih.
Takde deruan ombak.
Takde deru angin yang mendamaikan.

Yang ada hanya sebiji kereta wira dan beberapa buah motorsikal lalu lalang dengan bingit bising enjin motor.

Dem. aku rindu suasana langkawi.
Dan aku berharap, suatu hari nanti aku mampu berumah di tepian pantai.
Juga bergolek-golekan dengan pasangan hidup di atas lembut pasir.



Friday, March 02, 2012

Muda

Semalam.

Usai bersolat Isyak. Aku ambil kasut. Duduk di luar surau Tesco sambil menyarungkan stokin yang sudah beraroma masam dengan bau proses perpeluhan kaki.

Sedang aku tekun berkasut, seorang perempuan dalam lingkungan awal 20-an keluar dari surau. Melabuhkan punggung di bench berdekatan aku. Menunggu rakannya yang masih bersolat mungkin.

"Adik" dia bersuara. Riak mukanya amat peramah. " Di luar masih hujankah?"

"Entahlah, kak. Mungkin masih hujan lagi agaknya" balas aku mesra.

Ketika itu, aku perasan yang dia memandang aku dengan pandangan yang semacam.

"Adik, dah berapa lama dah kerja?" dia buka mulut.

"Ya saya?" Santun kemelayuan aku kawal sedaya boleh sambil cuba berkomunikasi dengan 'kakak' tu. "Tak sampai sebulan lagipun, kak."

"Owh... baru lagi lah........ SPM dapat berapa? Ok tak result?"

Aku bungkam. Wat de faq, ujar aku dalam hati. Kenapa dengan result SPM?

Ketika itu hati aku dapat menerka sesuatu. Spontan aku tersenyum.

"Agak-agaknya, umur saya berapa?" aku cuba bermain teka-teki dengan stranger yang baru aku kenali di hadapanku ini.

"Lapanbelas kot." Jawapan yang lancar dengan sedikit pengaruh rasa yakin. Matanya meliar ke arah seragam yang aku pakai. Sedang menilai sesuatu nampaknya.

Aku sengih macam kerang busuk. Sinis. Yes!

"Duapuluhenam ekceli. Hik hik hik" aku ketawa kecil menampakkan gigi. Seolah satu kemenangan dicapai.

"Ye ke? Owh, saya silap le ni? Ahahahaha."

"Awak tak nampak macam duapuluhenam lah. Serius. Confuse saya." Seraya dia bangun dan berlalu pergi sambil menguntum senyum. Meninggalkan rakannya di surau. Mungkin.



Kekeliruan umur. Misjudgement. Heh.



Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #16 (Pasangan Bahagia)


Kiri : Muzammil.
Kanan : Adilayanti.

Kedua-duanya malu tapi mahu. Dan semakin hari berlalu, semakin banyak peningkatan dalam tahap perhubungan antara mereka berdua. Peningkatan mapan di mata aku.

Notes : Mohon sedekahkan sekelumit-dua doa kebahagiaan dari pembaca untuk dia orang berdua ni. Terima kasih :)



Tuesday, February 28, 2012

Percaya Atau Tidak?


Kejutan umpama bom yang dijatuhkan Nokia kelmarin di expo teknologi MWC (Mobile World Congress) 2012, Barcelona. Handset dengan kamera berkeupayaan 41MP. Tak percaya? Sila percaya.

Tergamam aku terbacakan perihal ini semalam. Bukan aku sahaja, malah satu dunia terkejut dengan pelancaran terbaru dari Nokia ini. 

Sesungguhnya teknologi ini makin gila.



Sunday, February 12, 2012

Instinct Seorang Ibu

Dalam keadaan stress yang meninggi, down yang mencuram dan rasa dengki yang membuak, tiba-tiba Nokia E72 ku berbunyi. Message tone. Aku endah tak endah memandang skrin. MAMA.

'Salam. Abang ok ka? Dah buat assignment?'



'Dah. Dok rehat ja petang ni. Mama buat apa? :)'


'Nak pi umah sat. Tgk Pak Leh repair umah'


Konversasi biasa. Pendek. Ringkas. Seolah tiada membawa apa-apa maksud. Tapi tepat pada masanya.


Timbul rasa sayang yang tebal dalam hati. Di saat semua ini, dia seolah-olah tahu situasi aku. Mesejnya pendek, tapi amat bermakna. Dialah mak aku, kekasih aku.


I love her.




Nigger 2-1 Racist

Berakhir sudah satu lagi derby popular di England. Dan bangganya aku berdiri sebagai penyokong Manchester United di akhir perlawanan semalam.

Walaupun sekadar menang dengan aggregat 2-1, ia adalah kemenangan moral yang sangat besar di pihak United.

Yu mad Riverpoor?

Bermula dengan sikap suarez yang menolak untuk bersalaman dengan Evra. What a problematic cunt.

Dan kemudiannya Manchester United menguasai permainan di midfield, dengan si kuda tua Paul Scholes dan si belen dari skuad kebangsaan England Michael Carrick bossing the liverpool midfielder all the time during the match. Hasilnya, Rooney menjaringkan dua biji gol 'nasib' bak kata fan Liverpool.

Dan aku juga terpesona dengan aksi Antonio Valencia yang kini sudah menjadi antara pemain favret aku. Banyak memberi masalah buat Luis Enrique di benteng sebelah kiri Liverpool. Takde skill, tetapi sangat efektif dan banyak mencipta peluang. Gandingan beliau bersama Rafael dari sebelah kanan memang boleh bikin air liur berderaian!

Difference of class between Manchester United camp and Liverpool camp. lihat sahaja Kenny Dalglish yang cuba menyalahkan pihak lain dan mengelak ketika ditemuramah selesainya perlawanan, dan mempertahankan si racist Luis Suarez itu. Seolah menjadikan Suarez satu medium yang lebih besar dari kelab Liverpool itu sendiri.

Berbandingkan dengan Sir Alex, yang mengakui bahawa Evra tak sepatutnya melakukan provokasi di hadapan Suarez, tetapi menegaskan yang Suarez adalah memalukan kelab yang kaya dengan sejarah seperti Liverpool FC.

Tapi, ini paling best. Tweet dari pemain muda arsenal, Emmanuel Frimpong berkaitan perlawanan semalam.


Even pemain kelab lain pun dah naik menyampah dengan Liverpool. Thank you and nice job, Frimpong!

Kah kah kah!


Wednesday, February 08, 2012

Thursday, February 02, 2012

Wordless Wednesday #14


Amacam semart tak spek ala-ala Cyclops gua? Kacak tak?

Tapi takleh lawan awek gigih di sebelah gua tu. Dia punya keletah, hati yang panas pun boleh jadi sejuk tahu? Phewwww-



Tuesday, January 24, 2012

Legends


Henry hugging Scholes.

Seorang 34, seorang 37.

Seorang Gunners dalam jiwa, seorang Devils sepanjang hayat.

Hati tersentuh melihatkan kedua lagenda ini masih menghormati antara satu sama lain, walau sudah banyak kali berlagaan di padang bola, dan meski berbeza mazhab bola.

Kedua-duanya aku kasi respek paling tinggi.

Salut!


Monday, January 23, 2012

Menganjing


MUTV pun dah pandai menganjing Arsenal sekarang ni. LOL

Letih pulak nak bagi rasa kesian kat Arsenal ni. Kelab berstatus tinggi, tapi dah 7 tahun berturutan, satu piala pun tak pernah menangi. Dasar underachiever?



Monday, January 16, 2012

Good Luck & Good Bye, Ana.

Alkisahnya, aku ada saorang sahabat yang aku kenal dari KBU. Namanya Ana. 

Aku bukanlah kenal sangat awek ni. yang aku tahu, dia budak UTP. Belajar engineering. Course mechanical mungkin. Suka betei mengembara ke merata ceruk tempat, baik di Malaysie wilma di luar negara. Dia ada blog. Dan 90% dari isi blog beliau adalah dalam english languages. Pawer kan?

Seorang yang sangat cool. Menurut hemat aku, dari lagak gayanya memang tak sombong. boleh aje diajak bersembang bebila masa. Even dalam waktu yang rawak sekalipun, tetiba beliau akan hantar mesej, ajak aku bertenggek di mekdi contohnya (even dia tahu aku tak dapat join sekaki). Seorang homosapiens tahi twitter yang amatlah tahi. Blackberry Bold 9700 beliau yang seusia dengan Nokia E72 aku ni tak pernahnya lekang dari tangan. Sepanjang masa tweet je kerjanya!

Untuk pengetahuan kau orang, jemaat lepas merupakan hari terakhir beliau bekerja di Pineng. Bukan Pineng di bahagian pulau. Tapi Perda, Pineng.

Dan kini, beliau dah berhijriah ke kolompo. Hari ini dah already start masuk kerja.

Maka, lebih sukarlah bagi aku dan yang lain-lain di bahagian utara malaya ini untuk ketemu beliau lagi.

Dan selepas ni, aku yakin. Kerinduan pasti akan menjelma bila terkenang waktu petang-petang. Ah, persetankan status aku sebagai lelaki dan lelaki single. Kenapa? Lelaki single tak boleh rindu teman baik sendiri meh?

Selamat jalan. Selamat sukses. dan selamat bekerjaya buat Syazana binti Nadzir. Dah jadi orang kolompo ni, jangan lupa kami-kami di sini ok?

Char Koay Teow terakhir. Wajah terpaksa diblurkan atas sebab terlampau 'merela' untuk ditonton awam. Orangnya sweet-looking, bukan?

Notes : Ingat, bila kita layani orang lain dengan baik, orang mesti kenang kebaikan kita di akhirnya.

p/s : Ini pengakuan ikhlas. Ana, adik hang comel la. Yang makan sekali hari tu. Serius cute! *tapi yang pasti, kakak dia pun comel jugak. Kan? keh keh keh!



Thursday, January 12, 2012

Spontaneous Thursday #7

Macam mana nak gentle,
Kalau nak ucap terima kasih pun susah.

Macam mana nak respek,
Kalau secebis senyuman pun kau kedekut.

Macam mana nak ngam.
Kalau benda kecil seperti gurau senda pun kau persoal.

Lepas ni, jangan kau persoalkan attitude aku dan lelaki-lelaki lain yang kusam dan bungkam dengan kau.

*muntah*



Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #12


Rasa confuse dengan perkara sekeliling kini dah kembali.  Photobucket