COMPATRIOT AKU

Wednesday, December 25, 2013

Kembali Ke Sekolah

Minggu lepas aku kembali ke sekolah teknik yang sekian lama aku tinggalkan. Sepuluh tahun. Tempoh itu adalah tempoh yang agak panjang untuk membuat comeback di situ. Tujuannya hanya satu; memungut kembali sijil SPM asal yang sepatutnya aku pungut lebih awal, bukan sepuluh tahun kemudiannya. Maka, aku berharap pemergian aku ke sana bukanlah sesuatu yang wajar dicontohi alumni-alumni sekolah yang lain.

Dan jika tidak kerana keberangkatan aku januari nanti ke himesfera selatan, mungkin aku tidak terfikir pun untuk kembali ke sekolah itu. Celaka, kan?

Menjejakkan semula kaki ke sana, adalah satu perasaan yang aneh dan tak terungkapkan dengan kata-kata. Antara perubahannya, pondok guard yang selalu kami kerumuni waktu "outing" dan pulang ke rumah kini sudah tiada. Hanya empat tiang penyokong dan bumbung sahaja yang ada, membikin ruang teduhan buat mereka. Kasihan aku memandangkan pakcik-pakcik jaga yang kepanasan dirogol bahang mentari dan percikan air air hujan. Apa bangang sangatkah guru besar tidak menyediakan proper pondok untuk memudahkan jaga di situ bertugas dengan jayanya? Ini kali pertama dalam era semua-sekolah-wajib-ada-guard yang aku temui satu sekolah tanpa pondok yang lengkap. Marah betul aku.

Selain itu, landskap sekolah juga telah banyak berubah. Iyelah, sepuluh tahun kan lama. Dahulu waktu aku mula bersekolah di situ, keadaannya hideous. Tiada pokok dan landskap yang menggiurkan. Bangunan tampak baru, tapi orang putih cakap, macam takde soul. Standard lah, waktu itu, aku adalah batch pertama sekolah.

Atas: Keadaan sekolah setelah sekian lama ditinggalkan. Kini sudah dihiasi pepohon landskap renek yang menghiburkan mata memandang.
Bawah: Cikgu Abdul Rahman Mahmud dengan ceramah dan kata-kata hikmat yang terpuji. Sejak dari awal penubuhan sekolah teknik ini sampailah sekarang, beliau setia di situ.

Alhamduillah, sesi tuntutan tidak sesukar yang aku jangkakan. Sampai saja di pejabat, aku menyuarakan keinginan aku untuk menuntut sijil asal SPM dengan nada yang sedikit kaget tetapi berwajah penuh yakin. Aku fikir 80% kebarangkalian sijil aku sudah dihantar semula ke Pejabat Pendidikan Daerah, atau lebih teruk lagi, sudah dilupus. Dan justeru itu barangkali aku perlu mengisi borang tuntutan untuk dihantar ke putrajaya bagi mendapatkan sijil SPM yang bukan seperti sijil asal, tapi substitute. Tapi itulah magiknya, sijil aku sudah sepuluh tahun masih belum terusik dan masih kekal di pejabat sekolah, menanti masa untuk aku pungut. Easy.

Terharu juga saat ketemu PK HEM waktu aku belajar dulu, cikgu Abdul Rahman Mahmud di pejabat. Tak berhenti beliau bercerita akan pengalaman hidupnya di Perth, Fremantle dan Mandurrah. Cuaca, hidup, cara bekerja. Elok juga, sekurangnya ada tips-tips yang berguna untuk aku pakai di negara orang nanti.

Sekolah dan isi-isinya, selamat tinggal dan jumpa lagi.



Tuesday, December 17, 2013

Nooooo!!


stop girl photo stop-girl_zps0b334069.gif

I can look at her smile everyday without feelin' bored.

Ok, I lied.



Saturday, December 07, 2013

Puisi Imam Syafie Yang Betul-Betul Power

Merantaulah...
Orang berilmu dan beradab tidak akan diam di kampung halaman.
Tinggalkan negerimu dan merantaulah ke negeri orang.

Tinggalkanlah tanahair dan mengembaralah.
Bermusafirlah, nescaya kamu akan mendapat ganti kepada orang yang telah kamu tinggalkan.
Berlelah-lelahlah, manisnya hidup terasa setelah lelah berjuang

Aku melihat air menjadi rusak karena diam tertahan.
Jika mengalir menjadi jernih, jika tidak, akan keruh menggenang.

Singa jika tak tinggalkan sarang, tak akan dapat mangsa.
Anak panah jika tak tinggalkan busur, tak akan kena sasaran.

Jika matahari di orbitnya tak bergerak dan terus diam.
Tentu manusia bosan padanya dan enggan memandang.

Bijih emas bagaikan tanah biasa sebelum digali dari tambang.
Kayu gaharu tak ubahnya seperti kayu biasa jika di dalam hutan.

Jika engkau tinggalkan tempat kelahiranmu, engkau akan temui darjat mulia di tempat yang baru dan engkau bagaikan emas yang sudah terangkat dari tempatnya.

Pergilah merantau untuk mencari kemuliaan karena dalam perjalanan itu ada lima kegunaan, iaitu: menghilangkan kesedihan, mendapatkan penghidupan, mendapatkan ilmu, mengagungkan jiwa, dan dapat bergaul dengan banyak orang.

─ Imam Syafie



Notes: Bumi Allah ini luas. Rezeki di mana-mana. Hidup hanya sekali. Merantau jom!



Sunday, November 03, 2013

Jamuan Menggemuk


15 orang ─ 8 keping saiz besar, 5 keping saiz sederhana, dan tambahan tambahan yang lainnya. 

Makan sampai cirit.



Wednesday, October 16, 2013

Selangkah Demi Selangkah


Doakan langkah gua makin steady dan tiada gelinciran di pertengahan.

Amin.



Sunday, October 13, 2013


Mama, dating, 10 Oktober 2013.

Dengan penuh kecintaan.



Monday, October 07, 2013

Untuk Kamu, Mantan Penceria Hariku


Buat F dan W, apa khabar korang berdua sekarang agaknya ya? 
Sihatkah?
Sudah bersuami?
Sudah punya anak sendiri?
Sudah punya kerjaya kukuh pilihan hati?

Semoga sejahtera dan berbahagia selalu hendaknya.

Moga cebisan memori tentang aku yang tertinggal di memori kalian adalah yang indah-indah sahaja semoganya.

Aku rindu kamu.



Saturday, September 21, 2013

Tahniah, Bakal Engineer Kimia


Kongrejulesyen sebab dah berjaya jadi pawer dan buat mak abah kaklong abang Aina adik bangga.

Dan lepas ni kat hang lah aku nak mengharap agar hang boleh jaga family kita elok-elok kat sini sementelah bang Pon merantau kat tempat orang.


Wednesday, September 18, 2013

#Random Things - Psiko Diri Sendiri



Notes: Sebenarnya aku tengah alami simptom writer's block ni. Dah takde idea nak menulis apa kat sini. Haru betul.



Tuesday, August 27, 2013

Tuesday's Words of Wisdom



Berborak dengannya, adalah waktu untuk api-api semangat menyala-nyala dalam diri.
Selalu bagi kata-kata penguat.
Selalu bagi kata-kata nasihat,
tanpa pernah rasa jemu.

Thanks Hyung for the nice words.
Nanti kita lepak sama-sama di pinggir Yarra River sambil minum Flat White dan Long Black.
Dan borak kosong sampai sore.

Janji.


Friday, August 16, 2013

Eid 2013

Tahun ini punya eid tidaklah semeriah tahun tahun lepas.

1) Pak Ndak Din pergi meninggalkan kami pada syawal kedua. Terkenang gelagat arwah yang lahap berselera menikmati Mee kuah di rumah Tok Lang, laksa di kediaman Pak Ngah Baharom dan lontong buatan Mak Lang Rohana sambil borak-borak dengan aku dan mak pasal hidup, bikin hati aku terusik. Petang raya kedua, ke Kuala Kangsar gegas kami sekeluarga menghadap jenazah sambil menghadiahi yassin. Meninggal mengejut, kata mereka. Lepas ni tiada lagi kedengaran suara arwah bertanya itu ini, sembang sana sini dengan kami semua. Pak Ndak Din sudah kembali kepadaNya, ini realiti yang nyata menghempap.

2) Tahun ini tahun terakhir aku beraya bersama keluarga di sini. Tahun hadapan punya Eid, entah macam mana aku tak pasti. Ada rejeki, sama-samalah sekali ber-aidilfitri. Tak ada rejeki,bermaaf-maafan lah guna teknologi.

3) Tahun lepas, tahun ramai-ramai bernikah dengan cinta pilihan hati. Tahun ini, tahun ramai-ramai ambil gambar raya dengan pasangan dan anak pertama yang masih bayi. Satu trend yang sedikit sebanyak mencalit kesan di hati.

Apapun, hidup mesti terus dilangsungkan dan diredahi.

Salam aidilfitri lewat aku ucapi.



Tuesday, July 30, 2013

Buku Merah


Alhamdulillah.
Selangkah lagi ke hadapan.
Harapnya tiadalah terbantut di pertengahan.


Notes: Entri ini diinspirasikan oleh Hana Ahmad. Aku sudah hampir terlupa dengan buku ini yang sudah siap hampir seminggu sebelumnya.



Sunday, July 21, 2013

Baju Raya


Beli belah di pasar kemboja, Nibung Tebal.

Bukan satu, dua. Berbelas-belas helai depa sapu. Itu baru tudung.

Aku? "nani mo". Tak beli apa-apa. Tugas aku hanyalah pemandu dan tukang jaga barang.

Tak apa, sebagai sa-orang manusia yang dilahirkan sebagai lelaki, aku redho.

Tapi aku suka juga datang meneman depa. Sekurangnya ada terapi percuma. Terapi cuci mata.

Kat situ memang tempat lambakan makwe makwe dari segenap pelusuk utara. Dengan berbagai-bagai fesyen dan gaya. Kehulu kehilir cari baju raya.

Dalam satu hari pun aku boleh jatuh hari banyak kali.

So untuk mana-mana lelaki yang perlukan terapi, datanglah sini!

Ke ke ke.


Tapi yang nak datang tu jaga-jaga. Dia punya jam pagi-pagi nak ke situ memang celaka.

Bab parking pulak usah cerita.



Thursday, June 27, 2013

Pesan Untuk Awak

Baca ini, dan pakai otak.




Tuesday, June 25, 2013

Saturday, June 22, 2013

Dua Puluh Tujuh

Yang aku buru masih belum jumpa, 
Yang aku impi masih belum capai.
Umur sudah tambah satu.
Tapi azam yang dipasang masih belum tentu.
Aku dan kehangatan tahi ayam berpisah tiada.
HA HA HA.


Motif gambar: tiada


InsyaAllah, tahun depan nak mula langkah baru.
Aku nekad.

Ah, tiada siapa peduli.
Selama ini sememangnya aku sendiri.

Better getting awesome in my own way.



Monday, June 17, 2013

Lagu Lama

Kerinduan Malam by Cenderawasih


Aku tak kenal pun kumpulan Cenderawasih ni. Dengar pun tak pernah. Tapi dia punya impak di hati lepas dengar, memang lain macam je rasa.

Sinar fm ni sekurangnya ada juga fungsi buat aku.



Tuesday, June 04, 2013

Hari Hiba

Sabtu lepas adalah hari yang agak menghibakan bagi kami sekeluarga.

Setelah lebih dari sepuluh tahun, bekas isteri arwah pakcik akhirnya pulang ke kampung halaman tempat bekas suaminya membesar dan menjadi manusia bersama dua anak dan keluarganya dengan tujuan menyelesaikan beberapa masalah berkaitan arwah. Di samping itu juga mereka melawat kubur sambil mendoakan arwah yang telah lebih sebulan meninggalkan kami semua.

Pertama kali nenek bertemu muka dengan makcik (adakah dia masih pangkat makcik bagi aku?) sudah terdengar sedan sedu suara wanita wanita yang bercampur baur perasaan masing masing. Wanita yang banyak memendam perasaan sedih dan rindu. Si ibu yang kehilangan anak secara mengejut. Bekas isteri yang kehilangan bekas suami dan ayah kepada anak-anak. Si kakak yang selamanya dipisahkan Tuhan dengan adik kandung (dia yang banyak berjuang ke sana sini demi menyelamatkan hidup adiknya selama ini ─ mama aku) dan si anak yang tiba tiba menjadi yatim tanpa sempat melihat wajah ayahnya buat kali terakhir. Semuanya.

Kami sedaya upaya mengelak untuk bercakap tentang arwah di masa hidupnya. Tentang masalahnya yang dia pendam ─ sehingga membawa ke liang lahad. Tentang pekerjaannya. Tempat tinggalnya. Tentang kesihatannya. Dan banyak lagi yang masih belum terungkai bagi kami.

Pertemuan diakhiri dengan penziarahan ke kubur, bacaan yassin dan panjatan doa ke arwah yang kami kasihi. Diiring dengan perasaan hiba yang tak tertahankan.

Bolehlah aku rungkaikan di sini, segala yang terjadi adalah amat menyedihkan. Aku pernah ditinggalkan kekasih, aku pernah dilukai akibat tikaman dari belakang tetapi tidaklah sesedih macam ni.

Aku harap arwah aman di sana. Moga Tuhan golongkan dia dalam golongan orang beriman dan dijanjikan syurgaNya.

Notes: Aku pun tak pasti kenapa aku rasa nak menulis benda ni, walau aku sebenarnya tak tahu pun bagaimana nak ceritakannya.


Saturday, June 01, 2013

Quote II

Aku inginkan satu hubungan jarak jauh yang kuat dan comel sehinggakan orang lain pun berkata, "dem, diorang ni still couple lagi ke? Wow."

─ ISpeakReason



Thursday, May 30, 2013

Quote

Sementara Melayu masih bergocoh tentang hal doktor lelaki tak boleh sambut bayi dari perempuan mahu bersalin, Amerika terus menambah bilangan jet, kapal perang dan peluru berpandu nuklear untuk penguasaan mereka - agar kita terus tunduk dengan sistem mereka.

─ Nami



Sunday, May 26, 2013

Perangai

Kebelakangan ni aku bolehlah dikatakan berperangai persis seorang ibu mengandung yang menanti masa untuk melahirkan anak.

Hari hari selak kalendar. Periksa tarikh. Ingatkan diri berapa bulan lagi yang tinggal untuk aku sebelum semuanya bermula. Imajin benda yang tak patut dan bukan bukan. tweet pasal itu. Merapu pasal ini. Macam ibu yang mengandunglah. Selalu fikir pasal anak yang masih dalam perut lagi. Dia punya tangis, dia punya senyum. Dan macam-macamlah lagho yang aku selalu wayangkan dalam otak.

Tapi aku sedar, persediaan tu masih belum cukup. Tabah hati nak meneran anak keluar belum tentu lagi. Baju anak belum beli lagi. Lampin, susu, barang barang bayi pun masih belum tersedia. Nak bela anak guane kalau macam gini?

Aku selalu pesan ke diri sendiri, hal hal besar macam ni jangan dipikir sangat. Lagi dipikir, takkan habis semak debornya ─ tapi persediaan tu jangan tak buat lah.

Aku tunggu je disember ni menjengah dengan ketabahan. Aku tunggu je.



Friday, May 17, 2013

Percayalah


Aku cuma perlu sabar je dengan semua ni. Ongkabo, orang yang sabar itulah yang paling beruntung.

Let it be. Maybe next year, will be my year. InsyaAllah.



Thursday, May 02, 2013

Just Saying

Suatu hari nanti, inginku berbaring diatas hamparan rumput dataran Canterbury yang terbentang luas menghijau di New Zealand, sambil isteriku yang pastinya sudah sah milik aku turut sama membaring di sebelah sambil tangannya erat memaut tanganku ─ sambil keduanya kaku menelanjangi indah langit biru dan menghirup segar udara himesfera selatan yang langsung tidak dirogol elemen pencemaran. Menikmati indah alam Tuhan dan haba kebahagiaan antara aku dan dia.

Hanya itu.




Tuesday, April 23, 2013

Missing You

Sebelum raya tahun lepas, aku adalah pembenci lagu-lagu dari negara Korea. Bagi aku hanya satu saja sumber alternatif untuk lagu lagu selain lagu dari USA dan UK (yang aku anggap semakin mombosankan) yakni lagu lagu dari Jepun. Tetapi selepas diperkenalkan oleh Atin, perlahan demi perlahan rasa benciku pudar dan minatku terhadap lagu lagu dari bangsa yang terkenal dengan sikap rajin ini semakin menebal. Betullah orang kata, sebelum meletak hukuman, dengar dulu dengan niat ikhlas dan hati yang suci. Lepas tu barulah kita judge samada sedap didengar atau tidak.

Lagu dibawah ini contohnya. Membikin aku ketagih setiap kali didengar, walau aku tak faham bahasa liriknya.

Tidak hairanlah G-Dragon dilabel 'genius singer-songwriter' di sana.

HD audio with korean lyrics

live with malay subtitle.

Mood aku sekarang dengan liriknya memang kena. So, buat yang terlibat faham faham sahaja la.



Monday, April 22, 2013

That Feeling

That moment bila engkau tengah berjalan sambil cuci cuci mata di sebuah pusat membeli belah, dan berlalu di sebelah engkau adalah seorang perempuan yang seakan engkau pernah kenali dari arah bertentangan.

Serta-merta kau pandang dia dengan muka hairan yang cliche, eh aku macam kenal la makwe ni. Dulu gemuk sedikit, sekarang dah sedang sedang macam Song Ji Hyo dalam Running Man. Matanya bundar, wajah bujur sireh, bibir nipis dan tudung bawal. Mata bertentang mata. Dia juga berpaling memandang engkau dengan pandangan yang sama dan berkata dalam hati, eh mamat kurus kering ni. Dan engkau rasa seolah waktu diperlahankan, umpama sebuah efek slow motion di layar perak.

Tapi sayang masing masing dengan sikap fucking ego nya. Konon-kononnya malu nak menyapa. Dua tiga kali lawan pandang dengan wajah hairan, terus berpaling ke depan dan move on dengan hidup yang sedia ada sekarang.



That feeling.



Saturday, April 20, 2013

Alhamdulillah

Usaha-usaha kecil sudah selesai.

Dari langkah kecil, kita berjalan. Cukup masa nanti, kita berlari pulak.

Moga tiadalah yang menghalang di pertengahan.


Januari, tunggu aku.



Wednesday, April 10, 2013

Maknae Dongsaeng


Outing. Beli kasut. Makan KFC. Pot pet pot pet.



Thursday, March 14, 2013

Ratu Drama

Lagu ni untuk kamu.

Ya, untuk kamu.




Thursday, March 07, 2013

Noroi: The Curse

Ini.

Filem seram paling menjengkelkan, paling stressful, paling disturbing pernah aku tonton (bagi aku. setiap orang pendapatnya berbagai).

Tak ada hantu dengan darah isi perut terburai, gigi menyeringai, mata terjegil keluar dari soket, pop out of nowhere dan sebagainya dalam filem ini.

Hanya kisah seorang penyisat mistik yang mencari jawaban berkaitan kagutaba dan kejadian kejadian aneh yang berlaku di sekelilingnya, sehinggalah beliau ghaib secara tiba-tiba di akhir babak.

Tapi ingin diingatkan, bagaimana aku boleh katakan filem ini filem hantu paling seram bagi aku ─ jalan certanya yang amatlah stressful, creep under your skin dan pengarahnya yang bijak bermain psikologi. In fact, kebanyakan filem filem seram Jepun adalah sebegitu.

Aku ambil masa dua hari untuk habiskan filem ini (separuh-separuh). Dan banyak kali jugaklah di-pause kan waktu jalan cerita tengah rancak build-up.

Usai menontonnya, bolehlah aku simpulkan, bahawa filem filem hantu buatan Hollywood adalah umpama 'di celah-celah gigi' sahaja dibandingkan dengan filem ini.

Jadi, tontonlah. Tambahan pada waktu malam, dengan lampu ditutup, berselubung tubuh dan headset di telinga yang sudah dimaksimakan volume nya.

Dan harapnya tidur kamu lebih lena untuk hari hari berikutnya.



Trailer:



Movie Penuh:




Notes: Babak ketika Masafumi Kobayashi berlari lari dalam hutan adalah sangat haram jadah.


Tuesday, March 05, 2013

"Hidup Ini Umpama Sebuah Bot"

Nobody knows who I really am
I never felt this empty before
And if I ever need someone to come along
Who's gonna comfort me and keep me strong

We are all rowing the boat of fate
The waves keep on comin' and we can't escape
But if we ever get lost on our way
The waves would guide you through another day.

Life Is Like a Boat, Rie Fu



kelaut.


Friday, February 08, 2013

Untunglahhh



Sempat lagi berkongsi waktu Skype live tempoh hari.

Seronoklah. Mampu bergolek golek di atas dataran serba putih.

Untunglahhhhhhhh─



Friday, February 01, 2013

Random Video # 11 - Doki Doki Love Mail

Kutuklah aku. Gelakkanlah aku.

Aku memang minat lagu ini. Penyanyi ini. Genre ini. Sejak dahulu lagi. 2003. Apa perlu aku peduli?

 photo wink.gif





Wednesday, January 30, 2013

Terbang Tinggi-Tinggi


Akhirnya, hari ini, kau terbang juga.

Dan mampu aku bayangkan segala perasaan yang bercampur dalam kotak fikiran, hati dan perutnya.

Cemburu itu sudah mesti. Tapi perasaan itu penting untuk kebaikan diri.

Aku doakan kau bahagia dengan hidup baru.

Dan harapnya aku juga mampu terbang tinggi-tinggi ke sana.

Suatu hari nanti.


Sunday, January 20, 2013

Perbandingan: 4-Door Coupe

Umum (di twitter dan facebook khasnya) mengetahui yang aku memang minat akan kereta-kereta buatan German. Dan bila disebut kereta German, sudah tentulah pengeluar utamanya adalah musuh 3 serangkai ini: Mercedes Benz - BMW - Audi.

Dan ketahuilah, kereta kereta German ini memang banyak modelnya. dan salah satu model paling aku inzali (ataupun bolehlah disebut sebagai chasis kegemaran) adalah 4-door coupe.

4-door coupe adalah body style kereta yang mula-mula diperkenalkan oleh Mercedes sejak 2005. Ia memiliki empat pintu, tapi mengekalkan bentuk sporty yang dimiliki coupe (coupe bermaksud kereta dengan dua pintu). Hasilnya, sebuah kereta dengan bentuk dan feel umpama coupe, tetapi memiliki 4 pintu yang lebih praktikal.

Ini adalah 3 model 4-door coupe versi performance dan paling mahal dari 3 pengeluar kereta utama German. Antara model lain adalah seperti Volkwagen Passat CC tapi VW Passat sememangnya takleh lawan 3 model utama di bawah ni:

Mercedes Benz CLS63 AMG (5.5-litre V8 biturbo engine; 518 horsepower).






BMW M6 Gran Coupe (4.4-liter twin-turbo V8; 560 horsepower)






Audi RS7 (4.0-liter twin-turbocharged V8 engine; 560 horsepower)








Tengok kokpit pemandu pun aku dah meleleh. Banyak betul butang butang control berdekatan tombol gear, di kawasan stereng dan di papan pemuka yang kebanyakannya tiada pada kereta-kereta biasa. Semuanya electronic-controlled, hanya di hujung jari dengan menggunakan sistem kawalan komputer seperti COMAND (Mercedes Benz), iDrive (BMW) dan Multi Media Interface/MMI (Audi). *Perhatikan tombol bulat berdekatan gear di setiap kereta.


Satu hari nanti, insyaAllah satu hari nanti.


p/s: antara ketiga-tiga model, yang mana paling memberahikan?



Wednesday, January 16, 2013

Satu Bungkusan Pembangkit Senyum

"Assalamualaikum. Ini Cik Naim ka ni?"

"Ya saya. Siapa ni?"

"Saya dari pos laju. Nak hantaq barang ni. Rumah cik kat Pokok Ketapang ka? Pokok Ketapang ni kat mana ah?"

"Pokok Ketapang? Pokok Tampang kot cik. Kampung Pokok Tampang."

"Oooo ok, ok. Rumah cik kat mana? Saya dari pekan Tasek Gelugor."

"Ok cik masuk simpang tiga depan balai polis tu, cik jalan terus. Sampai jumpa gelanggang futsal sebelah kiri, depan sikit cik nampak bus stop kan? Depan bus stop sebelah kanan jalan tu la rumah saya."

"Orait. Terima kasih. Satgi saya mai hantaq. Assalamualaikum."


Aku jawab salam perlahan, sambil benak bergetar getar memikirkan bentuk delivery apakah yang pos laju akan hantar. Dari siapa sebenarnya bungkusan ini?


Sesampai di rumah petangnya, pintu bilik kuterjah. Di atas katil, terdapat bungkusan bersaiz kecil, berbungkus kertas minyak. Kertas pembalutnya aku koyak, menampakkan isi dalamnya yang berlatar putih. Oh. Sejenis coklat rupanya. Coklat putih, strawberry almond ─ spesis coklatnya. Di sebelah atas kotak, terlekap sekeping kertas warna merah jambu dengan goresan nota "happy new year" dan secubit pesan buat orang yang semakin tua.

Aku senyum. Sambil liang-liang tubuh menghambur hormon-hormon ceria.

Di kala diri sendiri makan hati, tetiba dapat coklat free.

Buat pemilik tweethandle @_anithsa, terima kasih atas pemberian anda. Di kala dunia siber sibuk memangkah-maki BBNU (tak faham? Google maksudnya) bernama Shasha Mendoza (tak kenal? Google sekali namanya), sememangnya masih ada Shasha yang berpekerti pemurah dan tenang jiwa.

Selamat tahun baru juga untuk anda. Jangan sedih, jangan kecewa. Tahun ini dapatkan lesen kereta, brader mamak yang kacak gila dan makan kambing sepuas-puasnya, ya?


Nampak tu? POKOK KETAPANG. ya Pokok Ketapang.

Gelak-gelak aku dengan nama kampung aku yang Anith hentam ni.
No wonder abang Pos Laju blur tadi.



Thursday, January 10, 2013

Laudrup


Aksi seorang pengurus sebuah kelab kecil yang menumbangkan Chelsea dalam aksi piala liga semalam (9 januari 2013).

Beliau punya gelecek dan ball control hampir seakan Zinedine Yazid Zidane. Tapi, through-ball beliau was even better. Menyusup cantik di celah celah kaki pemain lawan dan terus ke hadapan penyerang untuk dijaringkan. Jauh lebih baik berbanding through-ball Andres Iniesta, Paul ScholesXavi mahupun Cesc Fabregas, seikhlasnya.

Sukar untuk mendapatkan pemain tengah yang bijak dan licik seperti beliau sekarang.

Ladies and gentlemen, this is the former Juventus, Barcelona and Real Madrid playmaker and the current Swansea City manager. This is Michael Laudrup.



Thursday, January 03, 2013

#Random Things - Kongsi Makan


Nasi lebih.

Ayam masak madu dua ketul.

Seceduk sayur kubis kunyit.

Kuah campur banjir.

Dibungkus seplastik panas panas.

Balik rumah.

Kongsi berdua. Dengan adik.

Adik gelak-gelak. Dapat makan nasi kandar kegemaran.

Enaknya lain macam.

Kenyang.




Aku rindu adik.
Aku harap adik juga rindu aku. Keh keh keh.


Wednesday, January 02, 2013

2013: Nota Pendek

Sudah beberapa hari 2013 menjengah. Bloglist juga mencanak lajunya dengan kemaskini berkaitan angka 2013. Dan aku pulak baru terhangkak hangkak nak menulis pasal tahun baru. Tipikal aku. Suka menulis lah, nak improve penulisan lah. Nak tekel awek dengan karangan lah. Taburan janji janji palsu. Platform belog dah ada, tapi pemalas aku ni aku sendiri pun tak tahu nak ubah macam mana.

Ok berhenti mengarut. Ini antara peringatan dari tahun lepas dan revolusi untuk masa akan datang.

Ketidaktahuan masa depan dan ketidak-stabilan hidup yang masih bercelaru. Aku kini, adalah tergolong dalam golongan manusia yang masih belum berpuas hati dengan apa yang aku capai. Sedikit sedikit tak puas hati. Sedikit sedikit cemburu dengan orang lain. Di tahun baru ini, moga segalanya dapat di-neutralkan.

Tuhan. Ada juga aku terfikir. Selama aku solat dan berdoa kepada-Nya, adakah segala amal dan ibadah aku diterima? Adakah semuanya dilakukan dengan betul caranya?

Kena ingat. Nak sukses, tak boleh sombong dengan pencipta. Nak bahagia, hubungan dengan boss besar kena jaga. Sedar diri sikit.

Mama. Wanita berhati besi dan termulia di sisi aku. Sentiasa ada meski aku senang, jua aku susah. Aku nak tukar sedih tangisnya kepada senyuman bangga. Yes I will. Tunggu mama. Tunggu.

Sambung belajar. Aku sedar, kalau aku tak bertindak sekarang, keadaan akan jadi lebih sukar. Bezanya, aku mahukan jurusan yang aku ingini. Yang aku minati. Yang aku rasa ikhlas pelajari. Aku, seperti sesetengah yang lain ─ mengidamkan master. Juga PhD.

Borussia Dortmund. Tahun lepas, cinta bola keduaku selepas Em-yu sudah aku ketemu. Tahun ini, moga kelab berbelang kuning-hitam dan berpenyokong garang ini terus sukses di liga Bundes di bawah tunjuk ajar Jurgen Klopp. Dari kelab berstatus lemah, miskin dan hampir bangkrap, Dortmund diselamatkan Klopp menjadi juara liga dua kali yang digeruni. Biar tidak segah mahupun sekaya Bayern Munich, asal prinsip terhormat dan corak counter-attack terus dipertahan.

Aifa. Adik bongsuku yang sudah masuk ke tingkatan dua. 2012, kali pertama dia menjejak kaki ke asrama. Ya Tuhan, peliharakanlah kesayangan aku dalam menempuh dunia remaja yang penuh uji-duga.

Rakan-rakan. Seperti tahun tahun sebelumnya, tahun lepas ada yang datang, ada yang kekal, ada yang pergi. Dengan usia yang makin menghampiri mati, segala sikap-sikap manusia dalam menjaga silaturrahim sudah aku lali. Yang masih ada, terima kasih. Yang sudah hilang entah kemana, aku doakan bahagia buat kalian semua.

Rindu kanak-kanak ini juga sebenarnya.

Cinta. Ada beberapa yang mencuba. Ada beberapa yang kucuba. Tapi semuanya hampir sia-sia. Kenapa hampir? Sebab berkait kemahuan aku, dan attitude mereka. Ada lah, aku malas nak cerita. Cumanya, ada seorang je yang still sangkut dalam jiwa.

Jodoh. Aku perlu lebih berhati-hati agar tidak termasuk "longkang-longkang cinta". *batuk*. Bagi aku ia tidaklah terlalu penting untuk difikirkan, tetapi melihatkan orang lain yang kucar-kacir bersama pasangan, membuat aku kadang kadang rasa ditekan. Dengan faktor umur yang tak perlu aku bangkitkan (baca: tua) acapkali aku fikir aku loser. Tapi bila fikir balik, kenapa pulak nak anggap diri loser? Jodoh itu Tuhan dah tetapkan. Seperti pesan seorang kenalan, "AR Badul dengan Os pun ada bini. Salih Yaakob yang tak hengseng pun beristeri empat, apakan pulak hang". Celaka punya nasihat. Tapi ada juga betulnya.

Cara berfikir. Ini lagi satu hal. Nak jodoh yang baik, kena ubah diri jadi lebih cemerlang, barulah jodoh yang cemerlang diluar dan dalam itu datang. Nak ubah diri jadi lebih baik, cara berfikir perlu di-tailor jadi lebih baik. Law of Attraction (yang ini aku cuba dalami bertahun) cakap, "Dunia luar adalah cerminan dari cara pemikiran kita". Berfikir positif, yang positif akan datang ke kita. Fikir negatif selalu? Faham-faham sendirilah. So untuk diri sendiri, berubahlah woi!

Di kesempatan ini, aku hulur maaf buat semua. Segala marah/kurang ajar/jelak harap dilupa. Andai aku jahat celaka, doakan aku berubah jadi manusia. Jika ada secubit kasih sesama insan dalam jiwa, doakan aku capai mimpi mimpi yang aku pendam lama.

Selamat dua kosong satu tiga.

p/s: Celaka panjang pulak 'nota pendek' aku ni.